Nama Diabadikan Pada Asteroid! Ikon Wanita Malaysia Menjadi Inspirasi – Manis Madu
Ikon Wanita Malaysia Menjadi Inspirasi

Nama Diabadikan Pada Asteroid! Ikon Wanita Malaysia Menjadi Inspirasi

Tidak kiralah level antarabangsa ataupun kebangsaan, Malaysia telah lahirkan ramai wanita yang memberi inspirasi kepada semua.

 

Tidak kira dalam bidang apa pun termasuk hiburan, sukan, fesyen, akademik, dari apa jua bidang yang sekalipun yang diceburi mereka.

 

Istimewa untuk Hari Kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos ini, Alif akan tampilkan wanita Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia pada masa kini.

1. Chef Kwen Liew

Ipoh mali! Chef wanita Malaysia pertama yang dianugerahkan Michelin Star. Siapa kata wanita tidak akan menyerlah dalam industri yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki? Memang salah!

 

Restoran milik Kwen Liew iaitu Pertinence merupakan salah satu restoran daripada 57 restoran yang dianugerahkan bintang Michelin pertama dalam 2018 Michelin Guide France pada bulan Februari.

 

Menurut Agence France-Presse (AFP), chef wanita yang mempunyai bintang Michelin tidak sampai 5% daripada kesemua chef berbintang Michelin. Another level of classy!

2. Amalina Bakri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri) on

Siapa yang tak kenal dengan wanita yang menggemparkan seluruh Malaysia dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004? 17A1!

 

Setelah mencipta fenomena, kini Amalina Bakri sedang menjalani latihan untuk menjadi pakar bedah payudara yang sah.

 

Ingat Dr. Amalina seorang yang nerdy? Oh tidak, dia sangat menggemari fesyen juga. Tak percaya boleh terus ke profil Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri) on

3. Soo Wincci

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

Ini baru betul beauty with brain. Mana taknya, bukan sahaja memiliki 1 ijazah sarjana muda, Dr Soo Wincci juga memiliki 2 ijazah sarjana dan 1 PhD! Memang gempak!

 

Dia juga telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang memiliki PhD. Memang wow, inspired betul!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

4. Wan Wardatul Amani Wan Salim

Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim

Sumber Gambar: www.hmetro.com.my

Siapa yang pasang angan-angan nak bekerja di angkasa lepas? Boleh jadikan Dr. Wan Wardatul sebagai inspirasi.

 

Beliau diberi tanggungjawab untuk mengetuai pasukan dalam operasi astrobiologi pertama NASA untuk mengkaji respon sel hidup terhadap ketiadaan graviti.

 

Selain itu juga, dia telah dianugerahkan Thora Halstead ‘Young Investigator’ Award untuk sumbangannya terhadap kajian angkasa lepas dan graviti. Bukan calang-calang orang!

5. Faye Jong Sow Fei

Siapa sahaja yang tidak rasa diri dihargai jika nama mereka diabadikan pada sebuah asteroid! Ini yang terjadi kepada Faye Jong Sow Fei.

 

Mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama di mana namanya diabadikan pada sebuah asteroid. Pengiktirafan yang tidak disangka diraih selepas kejayaan beliau dalam Pesta Sains dan Kejuruteraan Intel.

Sumber Gambar: Borneopost

Asteroid yang dinamakan sempena Sow Fei adalah 31460 Jongsowfei.

Empowering women to achieve better in life! Maduners boleh jadikan mereka sebagai sumber inspirasi untuk kita mencapai sesuatu yang lebih hebat pada masa akan datang.

 

Ini baru sebahagian daripada wanita yang mengharumkan nama Malaysia. Banyak lagi nama mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Post a Comment