Rapper Popular Kanye West Cuba Bertanding Dalam Pilihanraya Untuk Menjadi Presiden Amerika Syarikat! – Manis Madu
Rapper Popular Kanye West Cuba Bertanding Dalam Pilihanraya

Rapper Popular Kanye West Cuba Bertanding Dalam Pilihanraya Untuk Menjadi Presiden Amerika Syarikat!

Tahun 2020 ini sememangnya tahun aneh kerana banyak sangat perkara yang tidak terjangka telah berlaku. Siapa sangka penyanyi rapper yang popular di Amerika Syarikat ini telah bertanding di dalam pilihan raya baru-baru ini. Pelik tapi itulah hakikatnya!

Apa yang lebih menarik ialah rapper ini telah mendapat undian daripada rakyat Amerika Syarikat. Mungkin kerana mereka surat terbukanya iaitu โ€˜better Americaโ€™. Kanye juga telah mengiklankan kempennya melalui laman web kanye2020.country yang dimulai dengan ayat โ€œDear Future, I still believe in you. We still believe in you.โ€

Kalau korang tengok tweet di atas ini, Kanye telah mengaku bahawa dia telah mengundi dirinya sendiri. Tak tahulah jika undian itu dikira atau tidak. Confident betul!

 

Mesti korang tertanya-tanya kenapa Kanye West melibatkan diri untuk bertanding bukan? Menurut NME, rapper ini mempunyai visi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Amerika kepada Tuhan dan membebaskan seniman daripada perjanjian yang tidak adil dalam dunia penerbitan dan rakaman.

 

Polisi lain di dalam kempennya juga termasuklah โ€œcure homelessness and hungerโ€ atau menghapuskan kemiskinan.

 

Ramai netizen khususnya dari Amerika Syarikat telah memberi komen terhadap sikap sesetengah rakyat yang tidak mengambil serius dalam menggunakan hak mereka sebagai pengundi yang bertanggungjawab.

Di dalam video kempen yang terbaru, peminat rapper ini memberitahu bahawa Kanye West adalah pilihan yang terbaik untuk orang Amerika.

Namun, nasib tidak menyebelahi Kanye, dia tidak memenangi pilihanraya 2020 ini kerana kempen ini telah didominasi oleh Joe Biden dan Donald Trump. Mungkin boleh cuba lagi pada tahun 2024!

Post a Comment