Habis Minyak Tepi Jalan Kena Saman? Pelik Betul Pantang Larang Di Negara Jerman!
Kalau Maduners nak tahu Jerman tersenarai di antara lima buah negara yang mempunyai tapak warisan paling banyak di dunia!
Jika Maduners ada hasrat nak berkunjung ke Jerman, Maduners kena tahu beberapa jenis pantang larang yang tidak boleh dilakukan di sana. Silap-silap Maduners boleh kena saman!
#1 Simbol Nazi dan Hitler
Ketika berada di Jerman, Maduners dilarang sama sekali menggunakan simbol Nazi atau melakukan tabik hormat Nazi.
Sumber Gambar: www.ladbible.com
Perbuatan ini bukan sekadar pantang larang biasa namun dianggap jenayah di sana. Jangan sesekali buat sedemikian walaupun sekadar bergurau. Untuk makluman Maduners, setiap tahun akan ada pelancong yang ditangkap atas kesalahan ini.
#2 Jangan Habis Minyak Di Lebuhraya
Fikir sepuluh kali sebelum naik kenderaan dengan minyak yang sangat sikit di Jerman! Dengar macam kelakar tapi ini sangat serious sebab boleh kena saman!
Pastikan jika Maduners hendak memandu di Jerman, minyak di dalam tangki kereta harus diisi penuh. Ini kerana, di atas lebuhraya tidak dibenarkan memberhentikan kereta kecuali atas alasan kereta rosak sahaja. Maduners boleh disamanĀ kalau kantoi kehabisan minyak.
#3 Jangan Letak Siku Atas Meja
Sumber Gambar: www.marthastewart.com
Perbuatan meletakkan siku atas meja ketika makan dianggap biadap dan tidak sopan di Jerman. Hanya tangan yang dibenarkan berada di atas meja ketika makan.
#4 Jangan Letakkan Tangan Dalam Poket Ketika Bercakap
Di Malaysia, perbuatan itu mungkin nampak sempoi dan cool tetapi tidak di Jerman. Perbuatan itu dikira sangat biadap bagi mereka.
Kalau masa makan di restoran Jerman, ada orang Jerman tenung jerr Maduners, faham-fahamlah signal mereka.
#5 Jangan Buat Bising
Masyarakat di Jerman sangat menjaga ketenteraman penduduk sekitar. Setiap orang tidak dibenarkan membuat bising selepas jam 10 malam sehingga 6 pagi.
Jika ada yang langgar peraturan, jangan terkejut kalau polis datang jemput depan rumah terus ke balai polis!
#6 Jangan Berjalan Di Laluan Basikal
Bagi penunggang basikal, terdapat satu laluan khusus buat mereka. Haa! Kalau Maduners memilih untuk jalan kaki, elakkan guna laluan basikal ini kerana orang Jerman sangat marah kepada pejalan kaki yang menggunakan lorong basikal. Pastikan korang berada di lorong yang betul.
Tapi ini lebih kurang kepada common sense, sikap endah tak endah jerr akan guna laluan basikal untuk berjalan kaki.
Macam mana dengan pantang larang negara Jerman, tegas kan? Bukannya apa, negara mereka sangat mementingkan adab dan disiplin sebab itu wujudnya pantang larang yang sangat teliti!