Makan Dekat Bawah Laut? Restoran Unik Yang Wajib Korang Berkunjung Sekali Seumur Hidup!
Banyak sangat restoran hipster yang selalu kita lihat di laman media sosial. Tidak kisah lah yang berkonsepkan vintaj, moden mahupun kreatif, kesemuanya mempunyai kelainan yang tersendiri.
Tapi pernah tak korang lihat atau pergi ke restoran-restoran unik seperti di dasar laut atau dalam gua? Mesti tak pernah terfikir pun bahawa restoran sebegini wujud, bukan?
Kali ini Madu nak bawa Maduners explore tempat-tempat menarik yang wujud di sekitar dunia ini!
1. Ithaa Undersea Restaurant
View this post on Instagram
Memang kita dah tahu, Maldives terkenal dengan hotel dan restoran yang mempunyai pemandangan yang cantik. Cuba korang bayangkan makan di restoran Maldives, bertemankan pula dengan air laut biru dan bersih. Dreamy sangat!
Tapi apa yang lebih menarik daripada makan di tepi laut adalah menikmati hidangan 7 bintang di dasar laut. Next level bukan?
Restoran ini dikenali sebagai Ithaa Undersea Restaurant yang terletak di Conrad Resort, Maldives. Walaupun harga makanan di restoran ini sememangnya mahal, ianya merupakan pengalaman yang patut dirasai oleh setiap orang sekali seumur hidup.
View this post on Instagram
Mana lagi nak makan di dasar laut sedalam 16 kaki ni kan? Cuma kalau nak pergi ke sini Maduners harus book terlebih dahulu kerana tempat makannya hanya boleh memuatkan seramai 15 orang sahaja. So, siapa cepat dia dapat!
2. Snow Castle, Finland
View this post on Instagram
Restoran Snow Castle yang terletak di negara Finland ini diperbuat daripada salji dan ais. Kalau Maduners nak tahu, tempat yang kelihatan seperti rumah Iglu ini akan dibina semula pada setiap musim sejuk.
Pelanggan-pelanggannya pula harus makan sejurus sahaja pesanan mereka diterima kerana dikhuatiri sejuk sebelum hidangan dapat dinikmati. Tengok gambar jerr pun dah tahu sejuk macam mana tempat ini. Jadi kalau nak pergi memang wajib pakai baju tebal!
3. Soneva Kiri, Thailand
View this post on Instagram
Pernah tak masa kecil-kecil dulu berangan nak makan di atas pokok? Sekarang impian Maduners boleh tercapai dengan berkunjung ke restoran Soneva Kiri di negara jiran iaitu Thailand.
Konsep ini dinamakan sebagai treetop dining iaitu makan di atas pokok sambil menikmati pemandangan laut yang cantik. Apa yang lagi best, pelayan di restoran ini akan hantar makanan melalui ziplining. Jangan terkejut sudah kalau nampak orang ‘terapung’ di sebelah nanti!
4. Remvi Restaurant, Greece
View this post on Instagram
Lagi restoran yang bertemankan dengan pemandangan laut, namun kali ini ditambah pula dengan view gunung berapi yang boleh dilihat dari Remvi Restaurant di Santorini, Greece. Kalau korang makan di sini bawa lah sekali partner atau kawan supaya dapat lihat pemandangan yang cantik dengan mereka!
5. Le Panoramic
View this post on Instagram
Siapa yang gayat, Madu nasihatkan untuk korang tidak pergi ke restoran Le Panoramic yang terletak di gunung Brévent. Tinggi betul kalau tengok gambar!
Korang boleh menikmati kecantikan gunung Mont-Blanc ketika makan di restoran ini. Kebiasaannya kalau nak pergi ke Le Panaromic, korang harus menaiki cable car.
6. Grotta Palazzese
View this post on Instagram
Inilah dia ‘syurga’ dunia! Madu suka sangat konsep restoran Grotaa Palazzese ini, di mana korang dapat makan di gua terbuka sambil menikmati kecantikan matahari terbenam dan laut Adriatic. Romantik sangat, setuju tak?
Restoran ini terletak di negara Itali dan harga hidangan bagi seorang bukannya murah, tapi Madu rasa berbaloi dengan pemandangannya yang memang tip top!
Wah… teringin pula Madu nak makan di restoran-restoran yang unik ini! Maduners macam mana pula?
~Stay Safe Maduners~