Bandar-bandar Paling Unik Di Dunia! Siap Ada Bandar Sampah?

Bandar-bandar Paling Unik Di Dunia! Siap Ada Bandar Sampah?

Setiap negara atau kota pastinya mempunyai sejarah, adat dan budaya tersendiri. Namun ada juga beberapa buah bandar yang mempunyai ciri keunikan tersendiri.

 

Haa! Hampir terbeliak biji mata Madu bila tahu tentang bandar-bandar unik di dunia ini. Serius!

#1 Manshiyat Naser

Garbage-City-Manshiyat-Naser-Cairo-Egypt

Sumber Gambar: Pinterest

Manshiyat Naser adalah sebuah bandar yang terletak di pinggiran bukit Al Mokatam di wilayah Cairo.

 

Nak tahu tak apa yang uniknya di bandar ini? Korang boleh jumpa sampah di mana-mana! Di tepi jalan, rumah malah di atas atap juga ada sampah. Bukan itu jerr, kalau Maduners ke pasar, restoran atau taman permainan, sampah itu dah jadi macam satu identiti bandar itu sendiri!

 

Tapi Maduners jangan pelik, sampah-sampah itu sebenarnya digunakan untuk dorang jana pendapatan dan sara keluarga. Pada awalnya, penduduk di Mashiyat Naser menternak dan bertani tapi lama kelamaan mereka merasakan pekerjaan itu dah tak datangkan untung dan mereka beralih kepada pekerjaan mengumpul sampah.

Orang-orang di sini juga digelar ‘zabbaleen’ iaitu orang-orang sampah. Mereka tak malu, lagi bangga dengan gelaran itu!

#2 Monowi

monowi

Sumber Gambar: www.messynessychic.com

Monowi adalah sebuah bandar kecil terletak di Amerika Syarikat. Monowi menjadi satu-satunya bandar yang hanya ada satu orang penduduk sahaja. SATU orang saja dalam satu bandar itu! Dia lah presiden, pegawai, penjaga bar, pustakawan dan lain-lain.

Elsie-Eiler-the-sole-resident-of-Monowi

Sumber Gambar: www.csmonitor.com

Satu-satunya manusia yang menjadi penduduk Monowi ini bernama Elsie Eiler. Sebelum dia tinggal berseorangan di sana, sebelumnya dia tinggal berdua bersama suaminya di bandar tersebut.

 

Bandar ini lumpuh selepas Perang Dunia Kedua membuatkan banyak penduduk berhijrah dan meninggalkan Monowi. Sejak tahun 1980 hingga 2000, jumlah penduduk daripada 150 menurun ke 2 orang sahaja. Pada tahun 2004, suami Eiler meninggal dunia menjadikan penduduk Monowi yang tinggal hanyalah Eiler.

 

Sedih pula Madu dengar Eiler tinggal berseorangan.

#3 Coober Pedy

coobery-pedy

Sumber Gambar: southaustralia.com

Hah, apa pula kisahnya dengan bandar Coober Pedy ini? Bandar ini adalah satu-satunya bandar bawah tanah yang ada di dunia. Bandar ini terletak di Australia Selatan dan memiliki cuaca sangat extreme, kalau panas, panas sangat, kalau sejuk, sejuk yang amat!

 

Disebabkan hal itu, penduduk bandar ini menggali tanah dan membuat penempatan di bawah tanah. Ini supaya mereka boleh mengawal suhu agar dapat tinggal dengan selesa.

Coober Pedy

Terdapat 3500 penduduk yang menghuni bandar ini. Kalau Maduners nak tahu, salah seorang penduduk tempatan yang bernama Umberto Coro adalah orang pertama yang membina hotel di Coober Pedy ini!

 

Pembinaan hotel itu ternyata menarik minat pelancong untuk berkunjung ke sana dan membuatkan ekonomi bandar tersebut makin meningkat.

#4 Miyake Jima

miyake

Sumber Gambar: www.enjoy180.com

Bandar ini dikenali sebagai bandar yang paling bahaya untuk didiami dan dikenali sebagai pulau beracun dunia! Di sana masih terdapat gunung berapi yang masih aktif namun masih terdapat kira-kira 2145 orang penduduk yang masih tinggal di sana.

gas-mask-town-japan-768x442

Sumber Gambar: theplaidzebra.com

Di bandar ini juga, setiap penduduk diwajibkan untuk memakai topeng keselamatan kerana gunung berapi aktif itu melepaskan gas beracun ke udara.

 

Namun, masih terdapat pelancong yang berkunjung ke Miyake Jima oleh kerana daya tarikan flora faunanya! Di sana, pelancong dapat melihat dan berenang bersama ikan lumba-lumba secara bebas. Miyake Jima juga terdapat sumber mata air panas yang bernama Furusato Yu.

 

Sebenarnya setiap bandar ada keunikan tersendiri tapi yang Madu dah senarai dekat atas pada Madu memang antara paling unik! Agaknya kalau Maduners ada kesempatan bandar mana Madu nak melawat?

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment