Buang Toksin! Ini Dia 5 Bahan Detoks Untuk Singkirkan Toksin Dalam Badan! – Manis Madu
Bahan Detoks Untuk Singkirkan Toksin Dalam Badan

Buang Toksin! Ini Dia 5 Bahan Detoks Untuk Singkirkan Toksin Dalam Badan!

Maduners ada tak yang mempunyai masalah susah nak turun berat badan? Dah cuba macam-macam tapi tetap tak berkesan. Mungkin Maduners boleh cuba detoks dengan bahan-bahan ini untuk selesaikan masalah Maduners.

 

Detoks adalah salah satu kaedah untuk menyingkirkan toksin dan racun yang ada dalam badan.

 

Maduners yang nak cuba kaedah detoks, jangan risikokan tubuh badan korang dengan mencuba produk detoks sembarangan. Bahaya! Haa, hari ni Madu share dengan Maduners beberapa bahan yang sangat bagus dan berkesan untuk detoks.

#1 Lemon

Bila sebut detoks, lemon antara bahan famous yang digunakan. Lemon adalah buah yang mengandungi asid asorbik yang bantu sistem pencernaan dan tingkatkan sistem imunisasi.

Dalam lemon juga terdapat vitamin C dan ia dapat bantu kulit Maduners nampak lebih fresh dan sihat! Cara paling senang nak buat detoks gunakan lemon adalah masukkan hirisan lemon dalam air putih, dah boleh minum!

#2 Pudina

mint-peppermint-herbs-daun-pudina

Daun pudina adalah salah satu bahan yang ada antioksidan yang tinggi. Menariknya, dengan pengambilan daun pudina dengan cara yang betul mampu merangsang badan mengeluarkan peluh.

 

Peluh ini sebenarnya bagus sebab ia adalah proses membuang toksin dalam badan. Haa sebelum Maduners nak bersenam, bolehlah makan daun pudina dulu untuk bantu keluarkan peluh lebih banyak.

#3 Halia

ginger-768

Selalunya, jika masalah kembung perut atau angin dalam badan, mesti Maduners akan cari halia betul tak? Halia memang bagus untuk menghangatkan badan yang mana akan memecahkan pengumpulan toksin dalam organ. Halia juga salah satu ejen antioksidan yang berfungsi dalam membantu masalah pencernaan.

#4 Timun

Tak pelik pun jika timun dikatakan bagus untuk detoks. Sebabnya, buah timun kaya dengan vitamin B, potassium dan magnesium. Ia juga sering dijadikan sebagai infused water yang mampu menghilangkan toksin tubuh.

#5 Daun Sanna

Senna_alexandrina_Mill.-Cassia_angustifolia

Sumber Gambar: en.wikipedia.org

Haa! Pernah dengar tak tentang daun sanna? Daun sanna atau daun gelenggang adalah pokok herba dan selalu digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab. Daun sanna sangat bagus untuk memudahkan pembuangan air besar dan mengurangkan sembelit.

 

Yang best-nya adalah bila buat air detoks, Madunesrs boleh campur bahan-bahan ini! Contohnya timun dengan lemon, timun dengan pudina dan macam-macam lagi.

 

Maduners cubalah guna bahan-bahan ini untuk detoks, kalau buat secara konsisten mesti dapat kesan yang memberangsangkan!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment