Sedap Betul Dengar Makanan Unik Di Kelantan! Sek Kito Jange Pecoh! – Manis Madu
Makanan Unik Di Kelantan

Sedap Betul Dengar Makanan Unik Di Kelantan! Sek Kito Jange Pecoh!

Sebut pasal makanan dari Kelantan, rasanya semua tahu yang makanan Kelantan kebanyakannya manis. Tak kiralah menu utama atau pencuci mulut, selalunya mesti manis. Kalau tak manis mesti kurang pedas atau tak pedas langsung.

 

Haa hari ni Madu nak share dengan Maduners antara makanan unik yang hanya ada di Kelantan. Tempat lain susah nak cari!

#1 Kuih Tahi Itik

kuih-tahi-itik

Sumber Gambar: dapurmalaysia.com

Madu cerita pasal kuih ini pertama sekali sebab nama dia unik. Bunyi nama kuih macam pelik tapi bahan yang digunakan bukanlah macam nama dia. Kuih tahi itik ini dibuat daripada putih telur dan disira panas dalam air gula.

 

Nak dapat kuih ini dulu agar susah sebab muncul pada musim-musim tertentu sehaja, tapi sekarang Maduners boleh dapat kuih ini di pasar tani atau pasar minggu.

#2 Jala Emas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bakingskills (@bakingskills)

Kuih jala emas lazimnya dibuat bersama dengan kuih tahi itik sebab jala emas juga gunakan kuning telur.

 

Kuning telur tersebut akan diurai dalam air gula menggelegak. Rasa dia memang kecur air liur Madu nak ceritanya, memang sangat berlemak dan manis. Lazimnya, nak buat kuih ini akan gunakan telur itik kerana saiz telur kuning lebih besar.

#3 Nekbat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mhzismail (@mhzismail)

Bukan nectar tapi nekbat!

 

Haa! Ini satu lagi makanan Kelantan dengan nama yang agak unik! Pernah dengar tak Nekbat? Bagi Maduners yang tak tahu, Nekbat antara pencuci mulut yang terkenal di Kelantan atau Terengganu.

 

Nekbat ini macam bahulu tapi direndam dalam air gula yang dimasak dengan pandan dan cengkih. Maduners yang berkunjung ke Kelantan wajib cuba!

#4 Nasi Tupe (Nasi Tumpang)

Tadi kita dah tengok beberapa jenis pencuci mulut, sekarang Madu cerita pasal makanan utama pula. Nasi Tupe atau Nasi Tumpang ini adalah salah satu makanan unik yang ada di Kelantan. Nasi ini dia ada lapisan berbeza dan setiap lapisan itu akan ada lauk berbeza. Antara lauk yang ada dalam Nasi Tupe ni adalah serunding, telur dadar, udang atau ikan, sambal cili dan timun.

 

Nasi Tupe atau Nasi Tumpang ini Madu pernah cerita dalam artikel tentang 7 Jenis Nasi Memang Tak Boleh Dipisahkan Daripada Rakyat Malaysia!

#5 Ayam Percik Kuah Putih

Uhhhh! Tengok ayam percik dengan kuah putih ini terus craving makanan Kelantan dibuatnya.

 

Kalau Maduners nak tahu ayam percik di Kelantan tak sama dengan ayam percik yang ada di negeri lain. Kelainannya adalah pada kuah percik yang disiram di atas ayam sebab kuah percik dia warna putih! Haa unik kan? Rasanya sangat lemak dan sedap.

 

Memang tak bunyi dinafikan, kebanyakan makanan Kelantan agak manis, tapi masih sedap, itu yang penting! Antara 5 makanan unik negeri Kelantan ini, yang mana satu Maduners akan cuba? Favourite Madu, Nekbat dan Nasi Tupe!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment