Gelaran Pemenang Gegar Vaganza Musim 7! Ramalan Madu, Siapakah Akan Menjadi Juara? – Manis Madu
Gelaran Pemenang Gegar Vaganza Musim 7

Gelaran Pemenang Gegar Vaganza Musim 7! Ramalan Madu, Siapakah Akan Menjadi Juara?

Terkejut juga Madu minggu lepas, rupanya tujuh peserta akan bersaing di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7).

Mula-mula Madu ingat Cliff Umar akan tersingkir tapi berjaya juga untuk ke pentas akhir, tapi yang penting sekarang ini, untuk pentas akhir GV7, siapakah akan bergelar juara? Adakah peserta yang Maduners pilih akan menjadi juara?

 

Alang-alang kita tunggu soalan itu untuk terjawab Ahad (13 Disember 2020) ini, jom Madu kongsi ramalan Madu untuk kedudukan terakhir dan terus Madu nak ramal juara Gegar Vaganza untuk tahun ini!

#7 Cliff Umar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cliffumarpistol

Di tangga ketujuh, Madu ramal Cliff Umar akan berada di kedudukan ini sebab pada minggu lepas, prestasi dan markah dari juri pun agak kurang memuaskan. Walaupun mungkin peminat Cliff Umar tidak akan puas hati dengan ramalan ini tapi Madu ramal berdasarkan prestasi dan markah daripada juri setiap minggu.

#6 Noraniza Idris

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Minggu ini kecoh juga dengan bermacam-macam drama di antara Noraniza Idris dan juga Michael Ang. Tapi yang penting sekarang adalah keputusan untuk GV7 untuk pentas akhir.

 

Madu ramal Noraniza Idris akan berada di kedudukan tangga ke-6 kerana walaupun memang tak boleh sangkal suara Noraniza Idris memang mantap bila nyanyi lagu bergenre Irama Tradisional tetapi agak kurang bila menyanyikan lagu berima hip hop. Gimik persembahan masih meletopzzzz!

#5 Ashira

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Kenapa Madu letak Ashira di kedudukan ke-lima? Antara sebabnya adalah Madu rasa Ashira tidak konsisten sepanjang pertandingan, hanya lagu tertentu saja sesuai dengan Ashira tetapi bila bercerita tentang showmanship, Ashira punya persembahan, dia sentiasa beri 100%.

#4 Ayu Damit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayu Damit 🔵 (@ayudamit)

Siapa jer tak kenal dengan Ayu Damit kan, salah seorang pemenang untuk program One in a Million. Bila cakap pasal suara Ayu Damit, bila dengar saja dah tahu itu suara Ayu Damit! Tapi kenapa Madu letakkan Ayu Damit di kedudukan ke-empat adalah kerana kesilapan-kesilapan kecil yang selalu dilakukan sepanjang pertandingan GV7 berjalan.

#3 Linda Nanuwil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Nanuwil (@linda.nanuwil)

Tak bohong, Madu adalah peminat setia Linda Nanuwil sejak dari zaman Akademi Fantasia lagi tapi Madu kena buat ramalan berdasarkan persembahan sepanjang GV7 berjalan. Suara Linda memang sedap tapi jika nak dibandingkan dengan dua peserta lain iaitu Oja dan Muss, kesilapan kecil yang Linda lakukan meletakkan Linda di kedudukan ketiga.

 

Tapi masih TOP 3 ya! Always peminat Linda!

#2 Oja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oja (@aku_oja)

Haaa! Minggu lepas Oja merupakan peserta pertama yang diumumkan akan ke pentas akhir GV7 dengan markah 69.90% pada minggu lepas. Sebenarnya Madu masih konfius nak letak Oja atau Muss di kedudukan kedua dan juga sebagai pemenang GV7 sebab dua-dua mereka konsisten dah tak banyak kesilapan.

 

Tapi Madu ramal Oja akan menjadi naib juara untuk GV7 tapi saing-saing rapat dengan Muss!

#1 Muss

 

View this post on Instagram

 

A post shared by im mus (@immus2020)

Madu dah cakap agak sukar nak buat ramalan untuk GV7 tahun ini sebab semuanya memang otai-otai yang buka mulut jerr memang sedap suara, cuma yang boleh nak bandingkan adalah pada kesilapan kecil dan juga persembahan di atas pentas sepanjang pertandingan GV

 

Madu letak Muss di tangga pertama sebab lagu yang Muss dapat untuk pentas akhir memang ‘makan’ untuk dia iaitu lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search) dan juga Mencintaimu (Krisdayanti).

 

Antara yang paling susah Madu nak buat untuk Top 3 sebuah pertandingan sebab semuanya memang suara sedap. Tambah banyak juga plot twist yang ada untuk tahun ini seperti tiada penyingkiran dan juga Battle Round pun tak tahu siapa akan lawan siapa!

 

Tak tahu apa lagi plot twist yang tersimpan, adakah kejadian seperti tahun lepas akan berulang? Iaitu ada dua juara!

 

Senang cerita sama-sama kita tunggu episod akhir Ahad ini (13 Disember) nak tengok siapa akan bergelar juara.

Post a Comment