Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Paling MeleTOP AME2020! – Manis Madu
Siti Nordiana, Khai Bahar & Haqiem Rusli AME2020

Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Paling MeleTOP AME2020!

Siti Nordiana merangkul gelaran sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita 2020 serta berjaya mengekalkan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Tidak habis di situ saja, Siti Nordiana (Nana), berjaya mengalahkan artis-artis lain apabila beliau turut memenangi anugerah Artis Versatil MeleTOP serta Top Top MeleTOP Grup / Duo dan Grup/Duo MeleTOP bersama Khai Bahar.

 

Untuk kategori utama Top Top MeleTOP Lelaki dan dua lagi anugerah iaitu kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP Era menerusi lagu Lembah Kesepian berjaya dimenangi oleh Haqiem Rusli yang turut mengulangi kejayaannya di sebuah majlis anugerah sebelum ini.

 

RM10,000 berserta trofi adalah hadiah bagi kejuaraan kategori utama yang dimenangi oleh Nana, Khai dan Haqiem.

 

Selain daripada itu, figura yang turut mengulangi kejayaan seperti tahun sebelumnya adalah Syafiq Kyle yang memenangi kategori Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Yang lebih menghangatkan lagi, Anugerah Khas diterima oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ustaz Ebit Lew turut menerima Anugerah Wira MeleTOP yang menjanjikan hadiah berupa RM10,000 kepada keduanya.

 

AME 2020 dibawakan secara langsung di channel Astro Ria HD (saluran 104) dan Ria (saluran 124) dan dihoskan oleh pengacara popular Zizan Razak, Jihan Muse dan Nabil Ahmad dari Putrajaya International Covention Centre (PICC).

 

Berikut adalah senarai penuh pemenang:

  • Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
  • Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli
  • Top Top MeleTOP Grup / Duo: Khai Bahar & Siti Nordiana
  • Artis Baharu MeleTOP: Hyan Byul
  • Couple MeleTOP: Hairul Azreen & Hanis Zalikha
  • Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah
  • Hos MeleTOP: Alif Satar
  • Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana
  • Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
  • Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production
  • Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live Akhir
  • Drama MeleTOP: Sweet Dreams
  • Pelakon MeleTOP: Ben Amir

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BenAmirr (@benamirr)

  • Grup/Duo MeleTOP: Siti Nordiana, Khai Bahar
  • Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli
  • Lagu MeleTOP Era: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  • Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie
  • Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
  • Anugerah Khas: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
  • Anugerah Wira MeleTOP: Ustaz Ebit Lew

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber Featured Iamge: Sinar Harian

Post a Comment