5 Dekorasi Shopping Mall Paling Gempak Untuk Krismas Tahun 2020! Cantik Sangat Ke Deko Di Tangga Pertama? – Manis Madu
Dekorasi Shopping Mall Paling Gempak Untuk Krismas Tahun 2020

5 Dekorasi Shopping Mall Paling Gempak Untuk Krismas Tahun 2020! Cantik Sangat Ke Deko Di Tangga Pertama?

Ada ke yang menanti-nanti deco Krismas di shopping mall? Madu antara orang yang ternanti nak tengok deco Krismas sebab semuanya cantik-cantik! Jom kita tengok beberapa shopping mall yang memiliki deco uh-mazing tahun ini.

#5 Suria KLCC

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #SuriaKLCCMall (@suriaklccmall)

Deco memukau di Suria KLCC ini dipenuhi dengan pokok Krismas, pemotong kacang raksasa dan hadiah besar yang dibungkus! Lampu-lampu yang warna-warni berkilau confirm dapat tarik perhatian kanak-kanak. Eh jangan kata budak-budak jerr suka, orang dewasa pun suka deco blink blink sempena Krismas.

#4 Sunway Pyramid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sunway Pyramid (@sunway_pyramid)

Deco di pusat beli belah ini seolah-olah menggambarkan bengkel tempat Santa Claus membungkus hadiah. Sekeliling bengkel tersebut dihiasi dengan pokok Krismas dan hadiah yang telah dibungkus. Menarik!

#3 Mid Valley Megamall

Centre Court Mid Valley Megamall dihiasi dengan pelbagai hiasan keriangan seperti pokok Krismas yang dihias meriah, kotak-kotak hadiah dan belon udara panas.

 

Hiasan di pusat beli belah ini berdasarkan tema harta tanah keluarga yang besar. Pelbagai bahagian pusat beli-belah telah dibuat untuk kelihatan seperti bahagian-bahagian tanahnya yang besar dari rumah utama hingga kebun, lengkap dengan bilik. Lebih menarik, terdapat kiosk yang menawarkan hadiah!

#2 The Gardens Mall

Uish, hiasan di pusat beli belah ni memang nice teruk! The Gardens Mall mengangkat tema pasar Krismas tradisional dengan menghiasi lorong-lorong dengan hiasan yang memukau mata.

 

Ada hiasan kotak telefon ala-ala di London, lampu jalan yang digantung dengan karangan bunga dan pokok Krismas yang dihiasi dengan hiasan merah dan emas.

 

Itu tak cerita lagi ada Volkswagen Beetle, Morris Minor 1000 dan Vespa yang dihiasi dengan hiasan dan bunga untuk menambahkan kemewahan dan kemeriahan deco dia. Cool kan?

#1 Pavillion Kuala Lumpur

Pavillion-Kuala-Lumpur-Krismas-2020

Madu yakin, pameran Krismas di Pavillion Kuala Lumpur adalah tempat yang dinanti-nanti setiap tahun! Tahun ini Maduners boleh nikmati pesona perkampungan tradisional Eropah semasa Krismas yang lengkap dengan pokok Krismas 30 kaki yang mewah dan perhiasan berkilauan raksasa yang tergantung dari siling.

Pavillion-Kuala-Lumpur-Krismas-2020-2

Kalau Maduners sampai di sini, jangan lupa untuk tengok hadiah di pasar Krismas dan merakam gambar momen-momen sempurna di dalam kereta api Pavilion Express.

Sumber: Tatler Malaysia

Post a Comment