Selepas Faye Kusyairi, Adibah Noor Pula Terkena Bell’s Palsy – Manis Madu
Adibah Noor Pula Terkena Bell’s Palsy

Selepas Faye Kusyairi, Adibah Noor Pula Terkena Bell’s Palsy

Rasanya ramai yang tahu tentang berita pelakon, Faye Kusyairi menghidap Bell’s Palsy sekitar awal Disember lalu kan?

 

Semalam, melalui foto yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Adibah Noor memaklumkan bahawa dirinya juga sedang menjalani rawatan bagi penyakit yang sama.

Menurut laporan Harian Metro, artis berusia 50 tahun itu berkata dia masih menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.

 

“Masa tu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.

 

“Jadi saya pun pergi shooting dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit,” katanya.

 

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga berkata setelah menjalani 10 sesi rawatan keadaan dirinya semakin pulih.

“Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit,” ujarnya.

 

Menurut Adibah, keadaan yang semakin pulih dan hampir sembuh menyebabkan dirinya tidak perlu untuk masuk ke dalam wad dan hanya perlu menjalani fisioterapi wajah.

 

“Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan. Tapi, Insya-Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah,” tambahnya.

 

Madu doakan semoga Adibah Noor kembali pulih sepenuhnya seperti biasa.

Post a Comment