Ariana Grande Bertunang Untuk Kali Kedua! – Manis Madu
Ariana Grande Bertunang Untuk Kali Kedua

Ariana Grande Bertunang Untuk Kali Kedua!

Ariana Grande yang seakan fobia dengan beberapa rekod kegagalan dalam love story-nya sebelum ini dah mengesahkan bahawa dirinya telah bertunang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande)

Menurut laporan oleh E! Online, Ariana memperlihatkan sebentuk cincin di jarinya itu mengesahkan bahawa dirinya telah pun bertunang dengan kekasih hatinya Dalton Gomez yang merupakan seorang ejen hartanah.

 

Keputusan istimewa tersebut diambil mereka setelah hampir setahun menjalinkan percintaan.

 

Sebelumnya, Dalton turut membintangi muzik video Ariana yang berjudul Stuck With U yang kemudiannya mereka memutuskan kepada umum tentang percintaan mereka sejak Mei lalu.

 

Selain respon dari netizen, pertunangan mereka turut mendapat perhatian dari beberapa selebriti yang lain seperti Kim Kardashian, Hailey Bieber dan Demi Lovato yang disertakan ucapan tahniah.

 

Untuk pengetahuan Maduners, pada 2018 yang lalu, Ariana telah pun bertunang dengan seorang pelawak dari Amerika iaitu Pete Davidson, namun hubungan mereka tidak berjaya hingga ke jinjang pelamin dan hanya bertahan selama 5 bulan.

 

Apapun, Madu harap kalinya semuanya berjalan lancar dan Madu ucapkan congratulation Ariana Grande dan Dalton Gomez.

Post a Comment