Wanita Cemas, Anak Umur 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta! – Manis Madu
Wanita Cemas, Anak Umur 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta

Wanita Cemas, Anak Umur 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta!

Kejadian yang melibatkan nyawa seperti ini acapkali berlaku dan tersebar di media-media tempatan sejak kebelakangan ini.

Anak Umur 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta 01

Kecuaian ibu-bapa amatlah besar akibatnya. Kali ini kecuaian berlaku di sebuah petrol station di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru, Muar yang melibatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun.

Anak Umur 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta 02

Mengikut penjelasan ibu kepada budak lelaki tersebut, dia ke station berkenaan meninggalkan anaknya itu berseorangan di dalam kereta untuk membeli barang dan kembali ke kereta mendapati kenderaan berkenaan sudah terkunci.

Mengikutkan kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, kejadian berlaku pada pukul 4.33 petang, anak wanita itu ditinggalkan tidur bersendirian di dalam SUV Nissan X-Trail itu.

 

“Dipercayai anak lelaki wanita itu tersedar daripada tidurnya sebelum tertekan tombol kunci pintu menyebabkan kenderaan berkenaan terkunci daripada dalam,” jelasnya.

 

Menurutnya lagi, peralatan khas terpaksa digunakan pihak bomba bagi membuka pintu kereta berkenaan dalam usaha menyelamat.

 

“Mangsa dipercayai ditinggalkan dan terperangkap dalam tempoh lebih kurang 10 minit dalam kenderaan berkenaan.

 

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ibunya dan operasi ditamatkan pada 4.49 petang,” terangnya lagi.

 

Wahai semua Maduners, especially parents, Madu nasihatkan tolong jangan ulang kesilapan serupa.

Post a Comment