Remaja Jual Burger ‘Part Time’ Jadi Mangsa Curi, Ketua Polis PJ Hadiahkan Telefon Bimbit Baru! – Manis Madu
Remaja Jual Burger Part Time Jadi Mangsa Curi, Ketua Polis PJ Hadiahkan Telefon Bimbit Baru

Remaja Jual Burger ‘Part Time’ Jadi Mangsa Curi, Ketua Polis PJ Hadiahkan Telefon Bimbit Baru!

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal Nordin telah membuktikan sikap prihatan polis terhadap masyarakat apabila beliau telah menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang penjual burger remaja yang mengalami kecurian di gerainya.

Polis Daerah Petaling Jaya-menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang penjual burger remaja 01

Sumber Gambar: PolisDaerahPetalingJaya

Muhammad Nor Faizal, 14, yang bekerja sambilan menjual burger semasa cuti telah menjadi mangsa curi apabila dia mendapati telefonnya hilang ketika kembali ke gerainya selepas ke tandas di Petaling Jaya.

 

Selain telefonnya, sejumlah wang dan beberapa barang jualan juga hilang dari gerai.

Polis Daerah Petaling Jaya-menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang penjual burger remaja 02

Sumber Gambar: PolisDaerahPetalingJaya

Hal tersebut dikongsikan di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya bersama beberapa gambar ketika pertemuan mereka.

Sebanyak 5,000 orang telah menyukai siaran tersebut dan rata-rata mereka memuji tindakan Nik Ezanee kerana telah berusaha untuk membantu remaja itu.

 

Nik Ezanee dalam posting tersebut di bahagian komen juga mengatakan, “Kami membuat seseorang tersenyum hari ini. Selamat malam Petaling Jaya dan kekal selamat”. Terbaiklah, ini yang kita mahu!

 

~Stay Safe Maduners~

Polis Daerah Petaling Jaya-menghadiahkan telefon bimbit kepada seorang penjual burger remaja 03

Sumber Gambar: PolisDaerahPetalingJaya

Post a Comment