Keputusan Inkues Kematian Nora Anne Quoirin. “Kematian Nora Anne Disebabkan Nahas Dan Tiada Penglibatan Pihak Ketiga” – Manis Madu
4 Januari 2021 Keputusan Inkues Kematian Nora Anne, Bakal Dikeluarkan

Keputusan Inkues Kematian Nora Anne Quoirin. “Kematian Nora Anne Disebabkan Nahas Dan Tiada Penglibatan Pihak Ketiga”

Setelah hampir 1 tahun 5 bulan kejadian, hari ini Mahkamah Koroner menutup prosiding inkues kematian Nora Anne Quoirin, remaja perempuan Ireland-Perancis.

Nora Anne Quoirin went missing while on holiday with her family in Malaysia

Sumber Gambar: www.abc.net.au

Keputusan tersebut dibacakan oleh Koroner Maimoonah Aid yang mejelaskan kematian tersebut tiada penglibatan pihak ketiga.

 

“Selepas meneliti bukti-bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati kematian Nora Anne disebabkan nahas dan tiada penglibatan pihak ketiga.

 

“Kematian mendiang adalah akibat peristiwa malang (misadventure) apabila gadis itu keluar dari rumah Sora dan kemudian tersesat di kawasan ladang kelapa sawit.

 

“Dia mungkin meninggal dunia akibat misadventure, dia telah keluar sendiri dari rumah Sora kemudiannya sesat dalam ladang kelapa sawit, berhampiran lokasi keluarga mendiang tinggal. Jadi, inkuari ini ditutup,” jelasnya di sini pada Isnin.

 

Selain dari itu, Maimoonah juga turut menyatakan, spekulasi penglibatan pihak ketiga tanpa fakta atau bukti yang kukuh adalah tidak berasas.

 

“Ini akan menjadi pelanggaran kepada tugas saya,” katanya.

 

Salam takziah dari Madu buat seluruh ahli keluarga Nora Anne.

 

Untuk pengetahuan Maduners, prosiding inkues kes kematian ini telah dijalankan sejak 24 Ogos hingga 10 Disember lalu, membabitkan 47 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Sebastien Quoirin dan Meabh Jaseprine Quoirin.

Sumber: Astro Awani

Post a Comment