Suami Terkorban Dibawa Arus Deras Selepas Selamat Isteri, Jasad Ditemui Semalam – Manis Madu
Suami Terkorban Dibawa Arus Deras Selepas Selamat Isteri

Suami Terkorban Dibawa Arus Deras Selepas Selamat Isteri, Jasad Ditemui Semalam

Pengorbanan seorang suami dalam usaha menyelamatkan isterinya saat mereka mengalami nasib malang apabila kenderaan mereka dihanyutkan arus deras di Kluang, Johor.

Cubaan menyelamatkan isterinya dengan memecahkan cermin kereta Proton Waja berjaya dengan bantuan orang ramai di lokasi kejadian. Namun dirinya sendiri, Md Rajihan Junaidi, 28, dihanyut arus deras dan gagal diselamatkan.

 

Menurut Asisten Komisioner Low Hang Seng, Ketua Polis Daerah Kluang, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.30 pagi di Balai Polis Kahang oleh isteri mangsa sendiri, Khairunnisa Ibrahim, 24.

Difahamkan lagi, ketika kejadian mangsa dan isteri dalam perjalanan dari Mersing menuju ke bandar Kluang.

Nabila Sofie_Jumpa Han Jo di tempat kereta beliau

Semalam tepat pada jam 5.12 petang, jasad Md Rajihan bin Junaidi akhirnya ditemua berdekatan tempat kereta beliau dijumpai.

 

Mangsa dan isteri baru melangsungkan pernikahan Julai tahun lepas dan isteri mangsa dikhabarkan sedang hamil. Takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment