Ucap Selamat Tinggal Kepada Perwakilan Senat, Kamala Harris Luah Perasaan Berkhidmat Sebagai Senator AS
Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris akan melepaskan kerusi Senatnya pada Isnin lepas, dua hari sebelum beliau dan bakal Presiden Joe Biden mengangkat sumpah.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Harris ada memuat naik video selamat tinggal dan menzahirkan penghargaan dipilih untuk mewakili negeri kelahirannya.
“Saya hanya ingin katakan, betapa saya berbesar hati dapat berkhidmat sebagai Senator AS dari tempat kelahiran saya, California, negeri yang hebat.
“Dahulu, ketika saya menuntut di Universiti Howard pada 1984, saya memohon sebagai pekerja pelatih di pejabat senator kanan dari California ketika itu, Alan Cranston.
“Dan anak kelahiran Oakland ini telah terpilih. Dan siapa sangka, selepas bertahun-tahun kemudian, saya benar-benar dapat mengendalikan pejabat ini,” ujarnya menerusi video yang dimuat naik pada Isnin.
Menurutnya lagi, perkara tersebut menjadi satu penghormatan kerana dapat berkhidmat dengan begitu ramai pemimpin Amerika yang luar biasa di Senat.
“Sama ada usaha untuk mengakhiri wang jaminan, atau usaha memperkuat infrastruktur nasional semasa pilihan raya, atau usaha menjadikan pembunuhan ‘lynching’ sebagai jenayah peringkat persekutuan.
“Ini adalah beberapa perkara yang telah kita laksanakan sepanjang empat tahun saya berkhidmat. Dan anda memberi saya penghormatan itu. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih,” tambahnya.
Pengunduran Harris memberi ruang kepada Gabenor California Gavin Newsom melantik rakan Demokrat Alex Padilla yang ketika ini merupakan Setiausaha Negeri California, untuk menjalani khidmat dua tahun terakhir baki penggal pemerintahan Harris.
Yang masih tak kenal siapa Kamala Harris, Maduners boleh terus tonton video baru dari Manis Madu MY, baru jerr #TeamManisMadu mention pasal Kamala Harris. Go check them out!