Banjir & Tanah Runtuh Makin Kerap Berlaku, Anda Tak Risau Ke Pasal Perubahan Iklim? – Manis Madu

Banjir & Tanah Runtuh Makin Kerap Berlaku, Anda Tak Risau Ke Pasal Perubahan Iklim?

Maduners pernah dengar tak istilah “Climate Change” atau dalam bahasa Malaysia “Perubahan Iklim”?

 

Mungkin sebahagian daripada Maduners tahu tentang istilah tersebut tetapi mungkin juga ada yang tidak tahu. Perubahan Iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun.

Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari dan kegiatan manusia.

 

Banyak tempat telah mengalami masalah yang sama iaitu berlaku pelbagai perubahan melampau pada iklim dan pergerakan cuaca seperti perubahan arus angin, taburan hujan dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

 

Haa, maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengatasi masalah ini! Meh baca langkah-langkah yang Madu nak kongsi.

#1 Kurangkan Bahan Buangan

Konsep “Reduce, Reuse, Recylce” telah lama diperkenalkan namun kurang pengamalnya. Tetapi masih belum terlambat untuk mempraktikkan kaedah ini dalam kehidupan seharian.

recycle

Maduners perlu elakkan pembungkusan berlebihan, penggunaan plastik dan bahan serta sisa makanan dijadikan baja kompos.

#2 Kurangkan Penggunaan Kereta

carpool

Sumber Gambar: Vecteezy.com

Korang boleh tetapkan untuk tinggalkan kereta di rumah beberapa hari dalam seminggu untuk mengurangkan penggunaan kereta. Gantikan dengan menggunakan perkhidmatan awam, berkongsi kereta dengan rakan, menunggang basikal atau berjalan kaki.

#3 Amalkan Pemakanan Sihat

pemakanan-sihat

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran organik tempatan dapat menghasilkan pembebasan karbon yang rendah. Elakkan memakan makanan yang diproses atau makanan segera.

#4 Elakkan Pembaziran Air

elak-pembaziran-air

Maduners tahu tak bahawa air paip menggunakan tenaga yang banyak. Tambah-tambah yang guna water heater! Jadi, berjimatlah ya ketika mandi. Jangan mandi sampai berjam-jam.

 

Ketika hari hujan, digalakkan juga tadah air hujan untuk kegunaan seperti menyiram pokok, mencuci kereta dan lain-lain.

#5 Jangan Membazir Makanan

Food-waste

Sumber Gambar: foodbev.com

Statistik menunjukkan setiap keluarga di Malaysia melakukan pembaziran kira-kira RM100 setiap bulan! Itu tak cerita lagi statistik pembuangan sisa makananan yang bertan-tan perlu dilupuskan setiap tahun! Maka, beli atau masak sekadar keperluan sahaja. Jangan banyak-banyak!

#6 Menanam Lebih Banyak Pokok

Usaha menanam lebih banyak pokok adalah perkara yang sewajarnya dilakukan. Bukan gondolkan hutan untuk dibuat pembangunan!

Menanam Lebih Banyak Pokok

Pokok-pokok dapat bantu kurangkan gas karbon dioksida kerana keperluan pokok mendapat gas tersebut untuk hidup. Jadi kalau mak ayah kita habis satu rumah penuh mereka tanam pokok, biarkan jerr, untuk kebaikan bersama!

#7 Mengurangkan Penggunaan Kloroflurokarbon (CFC)

outdoor-AC-unit

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan menetapkan suhu pendingin hawa pada paras 25 darjah celcius ke atas. Lagi onzz kalau gunakan kipas atau udara semulajadi!

 

Penggunaan teknologi canggih seperti mencipta pendingin hawa tanpa membebaskan CFC juga lebih bagus bagi menangani masalah perubahan iklim ini.

#8 Mengurangkan Penggunaan Elektrik

mentol-lampu

Bagi langkah ini, banyak usaha yang boleh korang ambil dan laksanakan. Antaranya gunakan peralatan elektrik ketika memerlukan sahaja, tutup suis jika tidak digunakan, gantikan mentol lampu biasa kepada mentol lampu jimat tenaga dan lain-lain.

 

Madu harap 8 langkah yang dikongsikan ini dapat sama-sama dilakukan. Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Bersama kita lindungi bumi kita!

Post a Comment