Teruskan Impian Kembara Ke 70 Negara Walau Terperangkap Di Tanzania, Semangat Cikgu Anita Dikagumi!
Anita Yusof atau lebih mesra disapa Cikgu Anita telah memulakan penggembaraan solo menjelajah dunia sekitar tahun 2015. Pada September tahun tersebut, beliau yang hanya menggembara menggunakan motosikal telah memulakan penggembaraan di Seattle, Amerika Syarikat menerusi Global Dream Ride.
Sumber gambar: AnitaYusof
Lebih membanggakan, Cikgu Anita berjaya menamatkan misi itu dalam tempoh setahun dengan menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i merentasi benua sejauh 65,000 kilometer sebelum pulang ke tanah air.
Namun, jiwa kembara bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh ini menuntutnya meneruskan kembara dengan melancarkan Global Dream Ride 2 pada Disember 2019.
Sumber gambar: AnitaYusof
Meskipun berdepan pelbagai cabaran dan rintangan kerana pandemik Covid-19, ibu tunggal berusia 54 tahun ini berkata, beliau menyasarkan untuk menjelajah ke 70 buah negara di tujuh benua.
Berkongsi tentang Global Dream Ride 2, Anita memberitahu dia sempat menggembara dari Cape Town ke Ethiopia sebelum wabak Covid-19 melanda dunia.
Keadaan yang tidak terkawal membuat Anita mengambil keputusan untuk meninggalkan motosikal kesayangan di Ethiopia sebelum terbang ke Tanzania untuk berehat seketika.
“Saya pilih Tanzania untuk berehat kerana rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk tinggal di negara itu dan kerajaannya membenarkan pelancong menetap selama tiga bulan.
“Kebiasaannya selepas tempoh menetap tamat, saya akan ke Kenya selama sebulan sebelum masuk kembali ke Tanzania. Diam tak diam, sudah setahun saya terperangkap di sini.” Ujarnya.
Bercerita lanjut tentang aktiviti yang dilakukannya ketika terperangkap dalam suasana Covid-19, Anita memberitahu dia telah berjaya menulis empat buah buku sepanjang tempoh setahun iaitu Kembara Solo ‘Stans’ Asia Tengah, Global Dream Ride – Andai Ini Takdir Yang Kupilih… sebanyak tiga siri.
Sumber Gambar: JahanifahMatZain
“Saya rasa jika pandemik ini berterusan, mungkin akan ada buku lain yang saya tulis selepas ini,”
Sumber Gambar: AnitaYusof
Untuk pengetahuan Maduners, wanita ini telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuk memegang dua rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai wanita pertama negara menunggang solo ke lima negara di Asia pada 2013.
Namanya juga tercatat dalam Asia Book Of Records sebagai wanita yang menunggang paling lama secara solo mengelilingi dunia.
Selain itu, beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dipilih sebagai Ikon Negaraku.
Bukan itu sahaja, beliau juga turut diundang untuk berkongsi pengalaman dan kepakannya di dalam serta luar negara termasuk di Amerika Syarikat dan Dubai.
Wahh, memang hebat dan memberi inspirasi!