Penerima Hati Pertama Malaysia Hembus Nafas Terakhir Selepas 18 Hari Bertarung – Manis Madu
Penerima Hati Pertama Malaysia Hembus Nafas Terakhir

Penerima Hati Pertama Malaysia Hembus Nafas Terakhir Selepas 18 Hari Bertarung

Sudah 23 tahun berlalu namun kisah pemindahan hati antara adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini dan pendermanya iaitu Wan Mohd Hafizam Wan Ismail masih segar dalam ingatan.

 

Terbaru, Afiq yang merupakan penerima hati pertama di Malaysia telah menghembuskan nafas terakhir selepas 18 hari bertarung melawan komplikasi hati.

Khabar duka ini dimaklumkan oleh Wan Mohd Hafizan selepas menerima panggilan telefon daripada ayah Allahyarham kira-kira jam 5 pagi tadi.

 

Menurut laporan Berita Harian, jasad Allahyarham Afiq akan disemadikan di kampung halamannya di Kedah.

 

Wan Mohd Hafizan berkata, dia turut terkesan dengan pemergian Afiq sekaligus mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

 

Menurut rekod, Allahyarham Afiq selama ini menderita ‘Billiary Atresia’ dan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati jika mahu terus hidup. Kisah tersebut mendorong Wan Mohd Hafizam membantu walaupun mereka tiada pertalian saudara.

 

Pada 3 April 1999, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tersebut dilaporkan telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq yang ketika itu berusia 14 bulan.

Post a Comment