Doktor Kongsi Ibu Mengandung Perlu Elakkan Makanan Mentah, Kuman Salmonella Boleh Jadi Punca Keguguran
Maduners pernah dengar tentang kuman Salmonella? Kuman jenis ini merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan gejala keracunan makanan terhadap manusia.
Korang jangan terkejut kalau Kuman Salmonella ini juga berupaya memberi kesan terhadap kandungan ibu mengandung. Siap boleh terjadi keguguran!
Menurut perkongsian di Twitter, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi satu situasi yang mana seorang ibu mengandung muntah berkali-kali selepas memakan hidangan telur separuh masak.
Sedihnya bila tengok ibu yang tengah mengandung tu termuntah-muntah sampaikan dah tak boleh nak kira berapa kali muntahnya keluar. Lagi pulak bila nampak dua belah matanya dah merah berair. Punyalah siksa menahan rasa loya. 😢 pic.twitter.com/0QePTOU17K
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) March 7, 2021
Memang tidak dapat dinafikan, telur separuh masak memang sedap! Nak pula dimakan bersama roti bakar. Memang padu!
View this post on Instagram
Namun, pada hakikatnya makanan yang tidak dimasak dengan sempurna dibimbangi mengandungi pencemaran kuman Salmonella. Bukan itu jerr, keadaan akan bertambah ngeri kerana jangkitan kuman boleh menyebabkan masalah keguguran janin.
Sistem imun badan seorang wanita hamil menjadikan risiko berlaku jangkitan lebih tinggi. Para wanita yang sedang hamil kena ambil perhatian ya!
Selain hidangan telur separuh masak, ising kek atau mayonis buatan sendiri, sushi juga tergolong dalam kategori makanan yang perlu dielakkan buat sementara waktu ketika hamil.
Ini kerana, jika cara penyediaannya kurang segar dan dibimbangi akan menjejaskan kesihatan ibu mengandung.
Dan kerana inilah, saya nasihatkan agar ibu ibu mengandung untuk jauhi sushi atau sashimi buat seketika. Ibu mengandung adalah golongan yang paling fragile. Sushi di Malaysia bukan fresh mana pun. Lainlah di Japan. So, husband tolong awasi isteri atau isteri-isteri anda ya 🤪 https://t.co/Ntlyhdv85q
— Jazz™ (@JazeeraJulaili) March 7, 2021