Datin Paduka Shuhaimi Baba Percaya Industri Pawagam Berpotensi Bangkit Semula – Manis Madu
Datin Paduka Shuhaimi Baba Percaya Industri Pawagam Berpotensi Bangkit Semula

Datin Paduka Shuhaimi Baba Percaya Industri Pawagam Berpotensi Bangkit Semula

Kerugian beratus-ratus juta sejak penularan pandemik Covid-19 bukan sahaja dirasai penggiat seni filem malah tempiasnya turut terkena pada para pengusaha pawagam.

 

Mengikut rekod, pengusaha pawagam mengalami kemerosotan pendapatan sehingga 90 peratus dengan kerugian terkumpul dianggarkan lebih RM500 juta! Kutipan filem pula menjunam sehingga 91.3 peratus tahun lalu.

Pawagam

Industri pawagam yang kini ‘bernyawa semula’ sejak minggu lalu setelah hampir enam bulan menghentikan operasi seolah-olah memberi sinar baru buat semua yang berkaitan.

 

Penerbit dan pengarah berjiwa besar, Datin Paduka Shuhaimi Baba berpendapat, industri perfileman tempatan berpotensi bangkit semula namun akan mengambil sedikit masa untuk kembali pulih dan stabil seperti sediakala memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir.

Datuk-Paduka-Shuhaimi-Baba

Sumber gambar: networthroll.com

“Pawagam sudah dibuka semula, tetapi pemain industri kena bersabar. Pada peringkat permulaan mungkin sambutan tidak segah dahulu, apatah lagi pandemik Covid-19 belum berakhir.

 

“Jadi saya percaya kita mampu membangunkan semula industri pawagam dengan lebih baik. Secepat mana penonton kembali ke pawagam, semuanya bergantung kepada pemamer. Mereka perlu merangka pelan pemasaran yang boleh menjadi tarikan untuk penonton ke pawagam.”

Post a Comment