Masih Berteka Teki Jantina Anak, Miera Leyana Potong Rambut Pendek – Manis Madu
Miera Leyana Potong Rambut Pendek

Masih Berteka Teki Jantina Anak, Miera Leyana Potong Rambut Pendek

Menghitung hari bergelar ibu, pelakon Miera Leyana yang dijangka bersalin pada bulan hadapan ada berkongsi bahawa dia baru saja memotong pendek rambutnya hingga paras bahu.

 

Perkara tersebut dilakukan kerana cuaca panas melampau dan sebagai persiapan bakal menjalani proses berpantang tidak lama lagi.

 

“Alhamdulillah. Tak sabar menantikan kehadiran si kecil yang bakal menyerikan rumah tangga saya dan suami. Selepas memuat naik gambar dalam Instagram, ada juga yang memberikan cadangan nama buat bayi bakal lahir tidak lama lagi.

 

“Saya mengambil keputusan untuk memotong pendek rambut paras bahu kerana cuaca semakin panas. Apatah lagi, selepas ini rambut akan disanggul untuk berpantang selama 44 hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Mengulas mengenai jantina bayi, Miera menjelaskan, dia dan suami Rosland Othman, 48, memilih untuk tidak mengetahuinya. Mereka hanya menerima secara terbuka dan lebih memberi keutamaan terhadap kesihatan bayi mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

“Masih lagi tidak mahu mengumumkan jantina anak sulung kami. Saya berharap orang ramai mendoakan kesihatan kami berdua. Semoga semuanya berjalan lancar nanti,” ujar Miera ketika majlis menyambut bayi anjuran keluarga mertuanya di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

 

Miera dan suami disatukan pada 26 Julai tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.

Post a Comment