Tunku Azizah Terseliuh Kaki Ketika Bermain Golf – Manis Madu
Tunku Azizah Terseliuh Kaki Ketika Bermain Golf

Tunku Azizah Terseliuh Kaki Ketika Bermain Golf

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

 

Tunku Azizah berkongsi insiden tersebut di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.

“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah, hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” titah Tunku Azizah di laman Instagram baginda.

 

Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan mendapat 81,535 tanda suka serta 3349 komen.

 

Menurut Bernama, Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan baginda.

Post a Comment