Model Cantik Tayang Perut Kempis Selepas 11 Hari Bersalin
Perubahan fizikal ketika hamil dan setelah melalui proses melahirkan anak adalah perkara normal bagi wanita. Setiap wanita melalui perubahan yang berbeza.
Begitu juga yang dikongsi model jelita Emily Ratajkowski tentang keadaan dirinya selepas 11 hari melahirkan bayi.
Foto wanita berusia 29 tahun yang memaparkan perutnya yang kempis sememangnya mencuri perhatian ramai. Mana taknya, tak sampai dua minggu selepas bersalin, perut dah flat begitu!
Dalam foto yang dikongsi di media sosial, Emily dilihat memakai pakaian biru yang dibiarkan terbuka di bahagian depan, sekaligus menampakkan keadaan perut dan bahagian payudaranya.
View this post on Instagram
Emily selamat melahirkan bayi sulungnya, Sylvester Apollo Bear pada 8 Mac lalu.
Bayi berkenaan merupakan hasil perkongsian hidup Emily dengan penerbit filem Sebastian Bear-McClard.