Kopi Dalgona Diberi Nafas Baru, Kini Lebih Sedap Dengan Campuran Biscoff! – Manis Madu
Kopi Dalgona Diberi Nafas Baru, Kini Lebih Sedap Dengan Campuran Biscoff

Kopi Dalgona Diberi Nafas Baru, Kini Lebih Sedap Dengan Campuran Biscoff!

Kopi dalgona yang menjadi kegilaan ramai kini mendapat nafas baru apabila minuman itu diberi bahan tambahan dalam resipinya iaitu Biscoff.

 

Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang lalu, rakyat Malaysia amat kreatif apabila menunjukkan pelbagai resipi makanan dan minuman yang unik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by melinda ☻ (@7amcoffeeclub)

Kini, kopi dalgona menerima sentuhan baru apabila seorang pemilik Instagram @7amcoffeeclub telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan kopi dalgona yang dicampur dengan jem Biscoff.

 

Ternyata ianya menerima sambutan yang sangat baik.

Bukan saja di Instagram, video itu juga dimuat naik di laman TikTok dan mendapat 7,928 perkongsian serta 45,100 tanda suka.

 

Resipinya amat ringkas, mereka yang tertarik untuk mencuba resipi tersebut hanya perlu menyediakan jem Biscoff, double shot coffee, air gula,  susu oat dan juga ais.

 

Campurkan sesudu besar jem Biscoff dengan double shot coffee dan kacau sehingga sebati sehingga tiada ketulan jem, masukkan ais ke dalam gelas.

 

Tuangkan air gula dan susu oat dan akhir sekali curahkan campuran kopi dalgona tadi ke atas susu tersebut.

 

Ringkas bukan? Kini anda semua boleh mencubanya di rumah bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Duongiee (@d.ka_fe)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANDREA HOMECAFE (@ispillice)

Post a Comment