Acara Penuh Kontroversi, Festival Daging Anjing Jadikan 5000 Ekor Anjing Sebagai Santapan – Manis Madu
Festival Daging Anjing Jadikan 5000 Ekor Anjing Sebagai Santapan

Acara Penuh Kontroversi, Festival Daging Anjing Jadikan 5000 Ekor Anjing Sebagai Santapan

Anjing merupakan haiwan peliharaan yang bijak dan berfungsi menjaga keselamatan pemiliknya.

 

Tetapi apa yang berlaku ini lain pula ceritanya apabila bermula 21 Jun yang lalu,  negara di Beijing, China menganjurkan acara  yang penuh kontroversi iaitu dengan menjadikan 5000 ekor anjing sebagai santapan di festival tersebut. 

Festival Daging Anjing Yulin 02

Festival memakan daging anjing secara besar-besaran itu dikatakan berlangsung selama 10 hari 

 

Penganjuran Festival Daging Anjing Yulin ini dikatakan lebih sedekad lalu sebagai usaha tarikan pelancong tetapi bukanlah satu acara rasmi yang dianjurkan kerajaan tempatan.

 

Berdasarkan laporan yang dibuat The Sun,  terdapat tentangan terhadap aktiviti kekejaman haiwan dan wujud risiko kesihatan yang berlaku di Festival Daging Anjing Yulin.

 

Namun, haiwan itu tetap diangkut ke bandar berkenaan sebagai persediaan untuk disembelih dan dijual.

Festival Daging Anjing Yulin 01

Ada juga beberapa gambar yang menunjukkan peniaga sudah mula menjual anak anjing yang disembelih di Yulin berhampiran Wilayah Guangxi.

 

Menurut organisasi perlindungan haiwan, Humane Society International, lapan daripada gerai berkenaan ditemui aktivis tempatan di pasar Dongkou dan 18 lagi ditemui di pasar Nanqiao pada akhir Mei.

 

Dr Peter Li, Pakar Dasar China bagi Humane Society International (HIS) berkata, festival menjual dan memakan daging anjing boleh mengundang sesak dan menimbulkan risiko kesihatan awam yang besar.

 

Dua bandar di China iaitu Shenzhen dan Zhuhai bagaimanapun sebelum ini sudah melarang aktiviti memakan anjing susulan Covid-19 yang dipercayai berpunca daripada kelawar.

 

Susulan itu, aktivis penyelamat anjing berjaya menahan satu trak dalam perjalanan ke Yulin dan menyelamatkan anak anjing.

 

Namun, sebuah trak yang lain berjaya melarikan diri dan diekori oleh aktivis.

 

Kerja menyelamat anjing itu diketuai aktivis hak haiwan China, Zhao, yang membuka tempat perlindungan NoToDogMeat di Hebei.

Post a Comment