Penjara 30 Tahun Hukuman Buat Isteri Pegawai Polis Seksa Pembantu Rumah Hingga Maut! – Manis Madu
Penjara 30 Tahun Hukuman Buat Isteri Pegawai Polis Siksa Pembantu Rumah Hingga Maut

Penjara 30 Tahun Hukuman Buat Isteri Pegawai Polis Seksa Pembantu Rumah Hingga Maut!

Kisah kekejaman seorang isteri pegawai polis yang menyeksa pembantu rumah warga Myanmar hingga maut mendapat hukuman setimpal apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Gaiyathiri-Murugayan

Menurut laporan Kosmo!, Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang warga negaranya kerana didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Myanmar.

 

Gaiyathiri Murugan, 41, didapati bersalah ke atas 28 pertuduhan menyebabkan kematian terhadap pembantu rumahnya, Piang Ngaih Don pada 26 Julai 2016.

dw-maid-murder

Gaiyathiri dan ibunya telah menyerang dan mengakibatkan tulang tengkuk mangsa retak dan juga telah menyebabkan kecederaan pada otak.

 

Wanita kejam itu juga dengan sengaja membiarkan Ngaih Don kebuluran, menyebabkan kecederaan dengan menerapkan seterika panas ke atas badan mangsa.

 

Tak cukup dengan itu, Gaiyathiri juga selalu memukulnya dengan batang penyapu dan menarik rambut mangsa sehingga tertanggal.

Peguam bela, Joseph Chen dalam hujahnya di mahkamah memohon supaya anak guamnya itu dikenakan hukuman penjara tidak lebih sembilan tahun.

 

Perkara tersebut adalah dengan alasan tertuduh telah ditahan reman selama lima tahun selain faktor anak-anak yang sedang membesar dan masalah mental tertuduh.

 

Suami Gayathiri yang merupakan seorang anggota polis, Kelvin Chelvam kini digantung tugas dan berdepan lima pertuduhan.

 

Ini kerana turut mencederakan mangsa dan menipu polis dengan mengatakan kamera litar tertutup di flat kediamannya telah dialih.

Post a Comment