Ada Sebab Doktor Saran Ibu Mengandung Jangan Puasa! – Manis Madu
Doktor Saran Ibu Mengandung Jangan Puasa

Ada Sebab Doktor Saran Ibu Mengandung Jangan Puasa!

Ramai menyifatkan ibu mengandung ketika bulan puasa sebagai beruntung kerana dapat berpuasa penuh dan tidak perlu risau nak ‘berganti’ bagai. Betul ke begitu?

Jawapannya, tidak. Tidak semua ibu mengandung bernasib baik dan sebahagian daripada mereka mempunyai masalah bila tibanya bulan puasa. Bukan sengaja tidak mahu berpuasa tetapi mungkin terdapat sebab-sebab tertentu yang tidak mengizinkan mereka berpuasa penuh.

 

Menurut perkongsian Dr Muhammad Izzat, ibu mengandung yang merasakan tidak boleh berpuasa, jangan paksa diri untuk teruskan. Ini kerana dibimbangi dapat memberi kesan buruk serta membahayakan kandungan malah mungkin juga pada ibu itu sendiri.

 

Buat ibu mengandung, tidak disarankan berpuasa jika:

#1 Menghidap Gestiational Diabetes Mellitues (GDM)

Menghidap-Gestiational-Diabetes-Mellitues

Ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil atau lebih dikenali sebagai Gestiational Diabetes Mellitues (GDM). Situasi seperti bacaan gula tidak terkawal dan wanita yang sedang mengambil insulin tidak disarankan berpuasa.

#2 Berisiko Terkena Venous Thromboembolism

Berisiko-Terkena-Venous-Thromboembolism

Ibu mengandung yang berisiko terkena darah beku (venous thromboembolism) seperti wanita yang menerima ubat cairkan darah (clexane/heparin) atau faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko si ibu mendapat darah beku juga antara kumpulan yang tidak disarankan berpuasa.

 

Ini kerana dehidrasi semasa berpuasa boleh meningkatkan peluang untuk mendapat darah beku serta memburukkan keadaan.

#3 Mempunyai Darah Tinggi

Jika seorang wanita itu mempunyai pre-eclampsia atau darah tinggi ketika hamil yang memerlukan ubat darah tinggi yang perlu dimakan pada tepat waktu, sebaiknya jangan berpuasa!

#4 Morning Sickness Yang Teruk

Wanita di awal kehamilan dengan alahan teruk seperti muntah-muntah, berasa tidak sihat atau demam juga dibolehkan untuk tidak berpuasa.

#5 Kehamilan Intrauterine Growth Restriction (IUGR)

Korang juga sepatutnya tidak berpuasa jika mengalami kehamilan yang melibatkan Intrauterine Growth Restriction (IUGR) iaitu bayi yang terbantut tumbesaran.

#6 Ibu Yang Mengandung Kembar

Ibu-Yang-Mengandung-Kembar

Ibu yang mengandung bayi kembar juga tidak disarankan berpuasa. Ini kerana kandungan bayi kembar lebih tinggi risiko berbanding kandungan biasa. Tenaga dan kudratnya juga berbeza berbanding ibu yang mengandung kandungan biasa.

 

Apa-apa pun, buat semua ibu mengandung atau ibu yang sedang menyusukan anak, jangan paksa diri untuk berpuasa jika tidak mampu untuk teruskan! Jangan risau, boleh ganti balik puasa di kemudian hari. Kesihatan lebih penting.

Post a Comment