Adibah Noor Offer Nak Ajar Subjek Bahasa Inggeris Di DidikTV
Kecoh juga baru-baru ini apabila tular saluran ntv7 telah tamat bersiaran dan digantikan dengan DidikTV.
In case you missed it, #ntv7 will show its last transmission tomorrow on February 16.
Starting February 17, it will be replaced and known as #DidikTV.
Missing the old times. pic.twitter.com/43UJDmxQ37
— Norman Goh (@imnormgoh) February 15, 2021
Perkara tersebut telah dipastikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melancarkan DidikTV sebagai salah satu usaha untuk memberi akses pembelajaran kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi harus mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Menariknya setelah KPM mengumumkan perkara tersebut, pelakon dan penyanyi wanita iaitu Adibah Noor telah tampil menggunakan akaun Twitternya dan menawarkan diri untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di saluran baharu tersebut, DidikTV.
saya nak offer diri kpd @KemPendidikan, utk jadi perantara yg “mengajar” bahasa inggeris kat didiktv, boleh? pic.twitter.com/ShO4QseWu7
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) February 17, 2021
Tweet daripada Adibah Noor telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyokong dengan tawaran daripada pelakon wanita tersebut.
Jika benar pelakon wanita seperti Adibah Noor menjadi pengajar di DidikTV perkara ini bukan sahaja akan memberi manfaat untuk anak-anak belajar, bahkan ibu bapa juga boleh bersama-sama dengan anak untuk berlatih Bahasa Inggeris bersama.
Tapi tak hanya menarik perhatian positif, terdapat juga komen negatif yang mempersoalkan tindakan dan kelayakan Adibah Noor.
Perkara yang baik kita sokong, jangan kita mengecam tapi berfikir dahulu.
Sumber Featured Image: Facebook Adibah Noor; Instagram NTV7 Malaysia