Adik Afia bersemangat menyediakan Personal Protective Equipment untuk Frontliners – Manis Madu

Adik Afia bersemangat menyediakan Personal Protective Equipment untuk Frontliners

Hebatnya adik Nur Afia Qistina Zamzuri dalam membantu frontliners dengan menyediakan Personal Protective Equipment (PPE) yang dijahit khas olehnya!

 

View this post on Instagram

 

” i cant stay at home without do something for you” #❤frontliners @theyoungseamstress

A post shared by Budak Koboi (@hasnahhud) on

Umurnya yang berumur 9 tahun telah membuktikan bahawa berkerja tidak mengenal usia. Dia menggunakan kepakaran menjahitnya dengan menyediakan personal protective equipment (PPE) untuk doktor-doktor di Tuanku Ampuan Najihah Hospital, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 

Ibunya bernama Hasnah Hud memberitahu Astro Awani bahawa anaknya, Afia telah mengikut jejak langkahnya sejak dia berumur 5 tahun. Dari situlah Afia mengasah bakatnya dalam menjahit dan kini dia dengan sukarelanya menyediakan PPE untuk frontliners kita.

 

Hasnah juga berkata bahawa semua PPE telah disediakan sendiri oleh anaknya, Afia dan ibunya pula membantu dalam membetulkan di bahagian kolar sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Budak Koboi (@hasnahhud) on

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Budak Koboi (@hasnahhud) on

Buat masa ini, 100 sets telah dihantar kepada frontliners di Tuanku Ampuan Najihah Hospital, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Afia mendapat inspirasi untuk membantu frontliners yang sedang berlawan dengan wabak covid-19. Oleh itu, dia bertekad untuk membantu mereka walau dengan apa jua keadaan pun.

 

Ibunya Afia sangat bangga dengan pencapaian yang telah Afia usahakan untuk frontliners kita. Dia juga mengharap agar rakyat Malaysia yang lain mendapat inspirasi dalam membantu frontliners kita di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Afia Zamzuri (@theyoungseamstress) on

Post a Comment