Ahli BTS, V Sah Positif Covid-19! – Manis Madu
Ahli BTS, V Sah Positif Covid-19!

Ahli BTS, V Sah Positif Covid-19!

Pada 15 Februari lalu, Big Hit Music mengumumkan bahawa V telah disahkan positif untuk Covid-19 selepas mengalami sakit tekak dan demam ringan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by V (@thv)

Menurut agensi itu, walaupun “terdapat hubungan dengan ahli BTS yang lain pada hari Sabtu 12hb tetapi semua orang memakai topeng, dan tidak ada hubungan rapat.”

 

Semua ahli BTS yang lain juga telah diuji negatif menggunakan kit ujian kendiri.

 

Menurut laporan, V telah ke hospital pada petang Selasa pada 15hb selepas mengalami sakit tekak ringan dan mengambil ujian PCR. Dia disahkan menghidap Covid-19 pada malamnya.

 

V juga telah menerima dua dos vaksinasi Covid-19 dan tidak menunjukkan sebarang gejala luar biasa selain demam ringan dan sakit tekak. Beliau kini sedang menjalani rawatan di rumah sementara menunggu garis panduan lanjut daripada pihak berkuasa kesihatan.

 

Semoga V cepat sembuh!

Post a Comment