Aishah ‘Block’ Siti Nurhaliza Di Instagram, Apa Hal Pula? – Manis Madu
Aishah ‘Block’ Siti Nurhaliza Di Instagram, Apa Hal Pula

Aishah ‘Block’ Siti Nurhaliza Di Instagram, Apa Hal Pula?

Nama penyanyi, Aishah tiba-tiba menjadi topik hangat di laman Twitter apabila dikatakan menyekat akaun Instagram penyanyi nombor satu tanah air itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Tidak berselindung, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin menjelaskan, dia tidak sengaja berbuat demikian kerana tidak tahu akaun berkenaan milik platun lagu Cindai itu.

 

“Semuanya bermula masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca berbakul-bakul kutukan terhadap saya yang ditulis dalam satu akaun Instagram. Jadi saya block sahaja Instagram berkenaan.

 

“Senang cerita, buat apa nak pening kepala apabila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita,” jelas Aishah.

 

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, ketika AJL35 makin dekat, barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya telah menyekat akaun Instagram TokTi biarpun tidak berniat berbuat sedemikian terhadap penyanyi kesayangan ramai itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Apabila dah nak dekat AJL barulah saya perasan ada netizen Direct Message (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru perasan, memang terblock akaun Instagram Siti.

 

“Saya tahu semua ini daripada netizen yang ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sangat Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya lagi.

 

Aishah bagaimanapun mendedahkan, kini dia sudah tidak lagi menyekat akaun Siti selepas menyedari perkara tersebut.

 

Terdahulu, Aishah berdepan kecaman ramai apabila menggantikan Siti pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) dengan mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu yang dikatakan tidak menepati piawaian persembahan oleh kebanyakan netizen. – Kosmo! Online

Post a Comment