Ajar Anak Baca Iqra’, Tak Pasal-Pasal Ibu ‘Disekolahkan’ Balik!
Baru-baru ini tular di laman TikTok video seorang kanak-kanak sedang membaca ‘iqra’ sambil diajar oleh ibunya.
Apa yang mencuri tumpuan warganet ialah ketika membaca beberapa huruf, sebutan huruf-huruf berkenaan berbunyi ‘ba bi bu’ membuatkan kanak-kanak perempuan tersebut marah lalu menegur ibunya.
@mommyjebat @nkhayla 😂 x baik la ibuuu #fyp #foryoupage ♬ original sound – Salwanis Iberahim
“Tak baik cakap babi!” luah kanak-kanak itu penuh perasaan.
Ketika diulang semula membaca huruf tersebut, reaksi yang sama diberikan kanak-kanak itu. Marah betul dia!
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet justeru membuat kesimpulan bahawa reaksi kanak-kanak itu sedemikian adalah kerana didikan yang baik dari ibu bapa.
“Maknanya dia diajar dengan baik oleh orang sekeliling supaya jangan sebut benda bukan-bukan,” komen seorang netizen.
Tidak kurang juga ramai yang terhibur dengan aksi si anak memarahi ibunya kerana menyebut perkataan sedemikian.
“Wehhh garangnyaaa, terjegil mata dia marah ibu dia cakap bab*,”
“Aku ulang video ni banyak kali biar letih budak tu marah,”
“Terkejut acik dikkk kena marah,”
Perkongsian itu mendapat 1.3 juta tontonan, 117.8k tanda suka dan 4828 komen di laman TikTok.