Guru ‘Unboxing’ Barang Rare Depan Perhimpunan, Ada Pelajar Yang Kecut Perut! – Manis Madu
Guru ‘Unboxing’ Barang Rare Depan Perhimpunan, Ada Pelajar Yang Kecut Perut!

Guru ‘Unboxing’ Barang Rare Depan Perhimpunan, Ada Pelajar Yang Kecut Perut!

Membeli barangan atas talian memang kegilaan semua orang sekarang. Membeli dah seronok tapi yang lebih seronok adalah ketika unboxing! Faham tak perasaan ketika itu? Walaupun kita dah tahu barang yang dibeli tapi ‘excitement’ di setiap parcel itu berbeza ya!

 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video seorang guru didapati melakukan ‘unboxing’ barangan atas talian yang dibelinya di satu perhimpunan pagi.

@idijohan_angklung_Beli barang online.. unboxing di rumah ❌.. unboxing di sekolah ✅

♬ original sound – Idi Johan

“Hari ini saya nak unboxing atau buka kotak. Saya beli minggu lepas di Shopee, khas untuk pelajar SMK Dato’ Mustaffa,” ujar guru tersebut di hadapan para pelajar.

 

Sebelum membuka parcel di tangannya, guru itu meminta para pelajar meneka barangan yang ada di dalam kotak tersebut dan pelbagai tekaan dikeluarkan.

 

Ternyata, barangan yang dibeli guru tersebut adalah mesin gunting rambut yang akan digunakan untuk memotong rambut pelajar yang tidak menepati piawaian sekolah.

 

“Jadi pelajar-pelajar SMK Dato Mustaffa yang rasa-rasa tidak menepati piawaian atau standard pelajar sekolah, sila potong petang ini. Ajak sape-sape potong rambut dan esok saya akan pastikan dan kita akan lihat rambut siapa yang akan merasmikan mesin yang mahal ini,” pesan guru tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet menumpang teruja dengan sesi unboxing yang dilakukan guru berkenaan. Terdapat juga yang memuji tindakan guru tersebut yang dikatakan kreatif menyampaikan amaran kepada para pelajar.

 

Tidak kurang juga ada yang mengimbas kembali kenangan ketika zaman persekolahan dan dikenakan hukuman seperti itu.

 

“Psikologi itu penting,” tulis salah satu komen di video itu.

 

“Mula dah happy sekali bila dah unboxing, habis kepala aku. Teringat zaman sekolah,” 

 

“Kenangan time sekolah dulu-dulu. Sapa yang kena tu mula-mula memang la marah. Percaya la, someday bila terkenang, mesti senyum sorang-sorang punya,” 

 

Memang rare cara guru ini bagi amaran dekat pelajar dia. Smooth like butter BTS kata!

Post a Comment