Ajar Cara ‘Menuai Ulat’, Gadis Jadikan Ulat Sebagai Lauk Harian?
Memelihara haiwan eksotik adalah satu perkara luar biasa kerana tidak ramai orang melakukannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita!
Melalui perkongsian di laman TikTok, seorang gadis mengagumkan ramai orang apabila dia memiliki haiwan peliharaan eksotik seperti iguana, biawak, ular dan tidak takut memegang atau menguruskan mereka.
Baru-baru ini, gadis berkenaan mendapat pertanyaan bagaimana cara untuk ‘menuai ulat’ dan dia menunjukkan demonstrasi melakukannya.
@kakakraptor Reply to @kokoci244 ♬ original sound – KakakRaptor 🦖
Dapat dilihat melalui video itu, gadis berkenaan tidak kekok memegang ulat-ulat yang ‘dipetiknya’ di sebuah taman bunga.
Di hujung video, gadis itu memasukkan beberapa helai daun dan bunga untuk dijadikan makanan kepada ulat-ulat itu sebelum dijadikan lauk pada keesokan harinya.
Madu ingatkan nak jadikan lauk untuk makan rupa-rupanya ulat-ulat itu akan dijadikan makanan kepada iguana haiwan belaannya. Perkara itu ditunjukkan dalam video berasingan.
@kakakraptor Reply to @izzooll1 ♬ original sound – KakakRaptor 🦖
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan gadis itu kerana berani memegang haiwan-haiwan seperti itu.