Akibat Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah, Dua Kanak-Kanak Maut – Manis Madu
Akibat Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah, Dua Kanak-Kanak Maut

Akibat Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah, Dua Kanak-Kanak Maut

Mula-mula mulut mereka jadi berbuih dan selang beberapa minit kemudian sudah tidak bernafas.

 

Perkara mengejut tersebut diceritakan oleh bapa mangsa yang maut akibat makan sisa makanan dari tong sampah.

 

Itu yang berlaku apabila dua beradik warga Myanmar telah maut daripada kejadian tersebut yang berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa berdekatan Bukit Malut, Langkawi petang semalam.

 

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihak polis telah menerima laporan bahawa tentang kematian dua kanak-kanak lelaki iaitu Nizambudin Jamaludin (4 tahun) dan Ngei (2 tahun) pada pukul 6.15 petang semalam.

 

“Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan.

 

“Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar semalam.

 

Bagi menjalankan proses bedah siasat, kedua-dua mayat adik-beradik tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Post a Comment