Alamak, Kad Debit Dah Expired! Tukar Kad Baru Tak Sampai 10 Minit! – Manis Madu
Alamak, Kad Debit Dah Expired! Tukar Kad Baru Tak Sampai 10 Minit!

Alamak, Kad Debit Dah Expired! Tukar Kad Baru Tak Sampai 10 Minit!

“Alamak! Kad bank dah expired, tak boleh withdraw duit…”

 

Bila kad bank expired, banyak urusan kewangan akan tertangguh tambah-tambah untuk pengeluaran wang tunai. Sekarang kan kebanyakannya dah cashless dan swipe jerr kad. Kad bank expired memang akan menyukarkan urusan harian kita.

 

Bukan itu sahaja, urusan penukaran kad bank yang dah expired pula akan memakan masa yang mana memerlukan Maduners beratur di bank dalam masa yang lama. Hanya untuk tukar kad yang sudah tamat tempoh.

 

Rupa-rupanya Maduners sudah tidak susah-susah ke bank untuk menukar kad bank expired kerana sudah ada cara yang lebih pantas dan boleh dilakukan sendiri sahaja.

giovanni-gagliardi-b1omwFGldMU-unsplash (1)

Menurut perkongsian seorang lelaki di TikTok @ejal.asv, korang sekarang boleh guna mesin kiosk jerr di cawangan tertentu untuk tukar kad korang. Mudah sahaja cara nak dapatkan kad bank baru, tak sampai 10 minit!

bank (1)
  1. Mula-mula pergi ke bank yang mempunyai Express Debit Card Replacement Kiosk. Masukkan kad bank lama dan no pin.
  2. Pilih design kad baru yang korang suka.
  3. Kemudian masukkan MyKad dan imbas ibu jari.
  4. Tunggu dalam beberapa minit untuk proses dah dapat kad bank yang baharu!
bank 2 (1)

Lepas ini tak perlu beratur atau susah-susah buat appointment semata-mata untuk tukar kad yang dah tamat tempoh. Guna mesin kiosk jerr dan boleh dapat kad baru dalam masa beberapa minit sahaja.

 

Maduners boleh check lokasi keberadaan kiosk-kiosk ini di link ini https://www.maybank2u.com.my/WebBank/Debit-Kiosk-loc.pdf

 

Selain kiosk, nak lagi mudah Maduners boleh juga buat pembaharuan menerusi laman sesawang Maybank2u.

 

Pesanan! Pastikan Maduners jangan tersilap masuk laman sesawang! Sekarang banyak kes penipuan laman sesawang yang salah.

 

Sumber: TikTok

Post a Comment