Amaran Buat Para Ibu! Bahaya Sapu Minyak Angin Dekat Hidung Bayi
Kebiasaannya, bagi bayi yang mengalami sakit seperti selsema, demam atau kesukaran bernafas, para ibu pasti akan sapu minyak atau balm di bahagian hidung dan bahagian badan lain yang berkaitan.
Sebenarnya, tindakan menyapu minyak angin di bahagian hidung bayi adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kemudaratan berlaku kepada bayi berkenaan!
Menurut perkongsian Faranem Rosmadi di Facebook, dia pernah berdepan situasi cemas apabila anaknya tidak boleh bernafas selepas menyapu minyak telon pada batang hidung bayinya.
Difahamkan, bermula umur 20 hari, bayinya mengalami masalah pernafasan dan berbunyi seperti hidung tersumbat. Oleh kerana itu, dia ada menyapu beberapa jenis minyak pada batang hidung bayinya.
Namun, pada suatu hari dia menyapu minyak telon yang diberi oleh seorang bidan dan katanya minyak tersebut bagus dan sesuai untuk bayi.
“Lepas sapu dekat hidung, aku pun pusing badan nak letak minyak kat tepi dan masa aku paling ke Ayad, tak sampai sesaat pun, ALLAH!!!!
“Aku tengok muka Ayad merah. Mulut dia berbuih, suara dia macam tercekik. Aku terus jerit panggil umi abah sambil lari pergi sinki dekat dapur. Aku basuh muka Ayad,” kongsi Faranem dalam hantaran tersebut.
Dalam perjalanan ke klinik terdekat, Faranem teringat untuk melakukan CPR pada bayinya dan mujur berjaya mengembalikan bayinya dalam keadaan yang baik.
Rentetan daripada kejadian itu, Faranem turut berkata dia teruk dimarahi specialist memandangkan dia seorang jururawat tetapi melakukan tindakan membahayakan bayinya seperti itu.
“Tapi aku kena marah teruk dengan specialist. Mak misi tapi boleh sapu minyak angin dekat hidung anak. Awak tahu tak, BAYI BAWAH UMUR DARI UMUR 3 BULAN, TIDAK BOLEH DISAPU SEBARANG MINYAK ANGIN/TELON.
“Baby pada umur ni cuma bernafas dari hidung. Bila awak sapu minyak angin, minyak ni akan block saluran pernafasan dia. Sebab tu mulut dia berbuih, dia tengah berusaha sedaya upaya bernafas dengan mulutnya. Take note yee,” jelas pakar kepada wanita itu.