Ambil Iktibar Dari Allahyarhamah Adibah Noor, Periksa Simptom Kanser Ovari, Dapatkan Rawatan Segera
Umum mengetahui, kanser ovari merupakan antara pembunuh senyap bagi wanita kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa.
Kalau Maduners nak tahu, kanser ovari merupakan kanser yang wujud daripada ovari iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.
Seperti yang kita tahu, baru-baru ini Allahyarhamah Adibah Noor telah pergi meninggal dunia akibat daripada penyakit ini.
View this post on Instagram
Menurut perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebook, antara orang yang berisiko menghidap kanser ini adalah:
- Wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut
- Cenderung berlaku kepada wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopause
- Wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).
- Wanita yang hamil pada usia lewat
Gejala awal buat mereka yang menghidap penyakit ini pula:
- Kembung perut dan kesakitan di abdomen
- Terlalu cepat rasa kenyang selepas makan
- Kerap buang air kencing
- Sukar menahan kencing
Gejala kemudian/lewat:
- Lesu dan cepat penat
- Sembelit
- Hilang selera makan dan hilang berat badan
Kalau korang ada sejarah keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim atau kanser payudara, korang boleh buat ujian darah antigen tumor seperti CA125.
Satu lagi, kalau korang mendapati ada gejala-gejala seperti di atas, lebih daripada 12 kali sebulan, dapatkan rawatan segera!