Wanita Bangga Anak Tak Dapat A SPM Yang Penting Ada Suami, Netizen Serang Ruangan Komen! – Manis Madu
Wanita Bangga Anak Tak Dapat A SPM Yang Penting Ada Suami, Netizen Serang Ruangan Komen!

Wanita Bangga Anak Tak Dapat A SPM Yang Penting Ada Suami, Netizen Serang Ruangan Komen!

Berikutan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini, rata-rata media sosial dibanjiri dengan perkongsian mengenai keputusan masing-masing.

 

Boleh dikatakan ramai juga yang berkongsi detik pahit manis ketika mengetahui keputusan mereka. Seronok tengok!

 

Namun, berbeza dengan hantaran video seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shakilla Miezam yang mengundang kecaman netizen.

Hal ini berikutan, wanita tersebut lebih berbangga kerana anaknya sudah berkahwin dan tidak kisah jika tidak mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

 

“Orang lain SPM dapat sambung belajar, anak I lepas SPM dapat laki. Walaupun tak ada A pun tapi yang penting dapat laki!” ujarnya dalam video berkenaan.

 

Rata-rata komen netizen di ruangan komen menyatakan tidak bersetuju dan mengecam kata-kata wanita tersebut yang seolah-olah tidak mementingkan pelajaran.

 

“Nasib baik bukan mak aku,”

 

“Tiba-tiba bersyukur sangattt dapat parents yang strict ALHAMDULILLAH,”

 

Adik-adik, SPM memang bukan penentu masa depan korang tapi bukan beerti pendidikan itu tak penting dalam kehidupan. Nak masak nasi untuk suami pun kena ada ilmu dik!

Post a Comment