Anak Berderet Sebab Tak Tahu Rancang Keluarga? Ketahui 3 Alat & Kaedah Perancang Ini Untuk Bantu! – Manis Madu
Anak Berderet Sebab Tak Tahu Rancang Keluarga

Anak Berderet Sebab Tak Tahu Rancang Keluarga? Ketahui 3 Alat & Kaedah Perancang Ini Untuk Bantu!

Pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka tapi ada juga pasangan yang masih belum bersedia untuk memiliki zuriat atas faktor kewangan, komitmen dan sebagainya.

 

Oleh itu, antara perkara yang lazimnya dilakukan adalah dengan memakan pil perancang, kaedah semulajadi seperti penggunaan kondom dan ikat peranakan. Tetapi hari ini Madu akan share 3 jenis kaedah atau alat perancang keluarga yang jarang didengar.

#1 Suntikan hormon

Suntikan

Suntikan hormon adalah sejenis hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bertujuan untuk mencegah kehamilan.

 

Hormon ini berfungsi untuk:

  • Mencegah ovulasi
  • Menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
  • Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin

 

Suntikan ini sesuai diambil pada hari ke-4 selepas haid bermula dan ia berkesan selama 12 minggu (3 bulan). Korang perlu dapatkan suntikan susulan selepas tempoh tersebut untuk memastikan ia tetap berkesan.

 

Suntikan ini boleh didapati di klinik kesihatan atau hospital kerajaan, Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Persatuan Perancang Keluarga atau hospital dan klinik swasta.

 

Antara kesan sampingan suntikan ini adalah:

  • Kitaran haid tidak menentu (pendarahan berlebihan atau tidak datang haid)
  • Perubahan berat badan
  • Sakit kepala
  • Perut kembung dan rasa tidak selesa
  • Sengugut
  • Rambut gugur

 

Kebiasaannya kesan sampingan ini bersifat sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan tetapi disarankan supaya Maduners rujuk ke tempat suntikan tersebut diambil. Ini untuk memastikan kesan sampingan tersebut bukan kerana penyakit lain.

#2 IUCD

Haa yang ini mesti korang jarang dengar kan? Mungkin pernah dengar tapi kurang tahu. Betul tak? Meh baca sampai habis.

INTRA-UTERINE CONTRACEPTIVE DEVICE (IUCD)

Sumber Gambar: www.famplan.org.hk

IUCD adalah singkatan daripada Intra Uterine Contraceptive Device. Ia merupakan salah satu kaedah perancang keluarga yang berkesan.

IUCD insertion

Sumber Gambar: www.merillife.com

Diperbuat daripada bahan khas yang mempunyai benang dan dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun.

 

IUCD berfungsi untuk:

  • Menghalang sperma daripada memasuki rahim
  • Mencegah pelekatan janin pada dinding rahim

 

Pemasangan alat ini kebiasaannya antara 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUCD yang digunakan. Suka untuk Madu ingatkan, pemakaian alat ini tidak akan menjejaskan hubungan kelamin kerana IUCD berada di dalam rahim.

 

Antara kesan sampingan yang berkemungkinan korang akan hadapi selepas pemasangan adalah:

  • Pendarahan yang lebih dari biasa semasa haid
  • Perubahan kitaran haid
  • Senggugut akan menjadi lebih teruk di peringkat awal penggunaan
  • Sakit pinggang

 

Tapi korang jangan risau, kesan sampingan ini hanya bersifat sementara.

#3 Implan

Subdermal Implant for Birth Control

Sumber Gambar: www.northshore.org

Pernah dengar tak tentang implan? Implan juga adalah salah satu alat perancang keluarga. Implan atau implanon adalah sejenis rod plastik sebesar batang mancis yang terdiri daripada hormon progestin sintetik. Ia akan dimasukkan di bawah kulit pada bahagian lengan.

 

Antara manfaat pemakaian implan adalah:

  • Peratus keberkesanan yang sangat tingggi iaitu melebihi 99%
  • Tidak menganggu penghasilan susu ibu
  • Bertahan hingga 3 tahun hanya dengan sekali pemasangan
  • Dapat kembali subur dengan cepat berbanding suntikan yang mengambil masa untuk mengembalikan hormon ke paras normal

 

Harga pemasangan implan di klinik LPPKN adalah RM500 dan RM100 untuk menanggalkannya. Harga di klinik swasta adalah lebih tinggi. Harganya agak tinggi tapi bagi Madu, berbaloi!

 

Kesan sampingan pemakaian implan:

  • Kitaran haid tidak tetap
  • Haid yang terlalu sedikit atau banyak
  • Naik berat badan atau penurunan berat badan
  • Perubahan emosi (mood swing)
  • Jerawat
  • Sakit perut atau loya

 

Namun, kesan sampingan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang tak rasa apa-apa pun lepas pakai.

 

Madu harap maklumat ini dapat membantu Maduners yang nak merancang keluarga. Pilih dengan bijak!

Post a Comment