Permohonan Hadhanah Ditolak, Bekas Suami DSV Tuntut Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meninggal Dunia – Manis Madu
Bekas Suami DSV Tuntut Harta Sepencarian

Permohonan Hadhanah Ditolak, Bekas Suami DSV Tuntut Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meninggal Dunia

Tengah panas isu antara usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dengan bekas suami, Mohd Amin Yassin berkait isu hadhanah kedua anak mereka iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16 atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

 

Semalam, tuntutan hadhanah yang telah dibuat Mohd Amin pada 3 November lalu telah ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Walau bagaimanapun, Cik B dan Kacak diarahkan untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia bertujuan agar hubungan silaturrahim antara anak dan bapa tidak terputus.

Vida meluahkan rasa syukur kerana isu tersebut tidak berpanjangan dan menganggu emosi kedua anaknya.

 

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadhanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim.

 

Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak menganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula (kerana tidak mahu berjumpa bapa).

 

“Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mohd Amin menerima keputusan hakim dengan redha dan meluahkan rasa tidak sabar menanti kedua anaknya pulang ke pangkuannya.

 

Difahamkan, Mohd Amin akan mengemukakan rayuan terhadap kes tersebut dan berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.

Mohd Amin menunjukkan gambar anak kandungnya bersama Datuk Seri Vida

Sumber Gambar: kosmo.com.my

Mohd Amin dan Vida berkahwin pada tahun 2000 dan telah bercerai lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata.

 

Namun, dua lagi anak lelaki mereka iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.

Post a Comment