Anak Istimewa Tantrum Dimarahi, Ibu Ambil Sebagai Peringatan Supaya Jaga Adab & Emosi
Anak merupakan anugerah buat ibu bapa. Tidak kira bagaimana keadaan anak itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan merawatnya.
Baru-baru ini tular di laman TikTok satu video menunjukkan seorang kanak-kanak dengan pakaian uniform sekolah sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang guru.
@zuera282 ye..anak sy oku yg selalu tantrum. terima kasih cikgu tlg tenangkan dia. jgn la lepaskan ego n kemarahan pd dia..benda boleh bincang..#ppki #jagaadabkita ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
“Sabar la anakku, orang tu tak tau awak OKU. Ibu mana tak sedih tengok anak nangis macam ni,” tulis keterangan dalam video itu.
Di ruangan komen, ibu kepada pelajar berkenaan dikenali sebagai Azura Abdullah ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada anaknya.
Difahamkan, ketika itu anaknya dituduh bertindak ganas kerana berebut botol air oleh bapa seorang pelajar lain dari sekolah yang sama.
“Anak saya kata tak buat, tapi dia masih marah. Saya pun ditengkingnya sambil naik tangan macam nak tampar saya.
“Tapi isterinya dah mesej minta maaf. Takpe la, saya maafkan. Mungkin salah anak saya juga tapi terkilan tindakan dia terus meluru,” ujar wanita itu.
Azura juga menganggap perkara ini juga sebagai satu peringatan untuk dirinya supaya lebih menjaga adab dan emosi ketika berada dalam situasi seperti ini.
Perkara seperti ini Anis simpulkan sebagai satu pengajaran untuk kita semua juga. Jangan mendepankan emosi jika perkara terkait dengan anak-anak. Terutamanya anak istimewa.
Tip Tenangkan Anak Istimewa
Di bawah ini Anis kongsikan beberapa tip cara untuk tenangkan anak-anak istimewa jika mereka meltdown atau tantrum.
- Akui perasaaan anak-anak dengan kata-kata – Contoh: “Ibu faham adik sekarang sangat marah/sangat tidak selesa/sangat takut/bimbang
- Menulis apa yang dia rasakan, mungkin kerana keadaannya anak-anak OKU jarang meluahkan perasaan mereka dengan kata-kata, jadi cara yang baik boleh membantu anak-anak dengan menyuruh mereka menulis apa yang mereka rasakan..
- Luah perasaan dengan seni, seni dapat bantu anak mengekspresi diri mereka dengan lebih baik.
Semoga ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tabah dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.