“Jangan Buat Anak Kalau Tak Ready”, Wanita Maki Hamun Anak Dalam Bas Buat Netizen Bengang – Manis Madu
“Jangan Buat Anak Kalau Tak Ready”, Wanita Maki Hamun Anak Dalam Bas Buat Netizen Bengang

“Jangan Buat Anak Kalau Tak Ready”, Wanita Maki Hamun Anak Dalam Bas Buat Netizen Bengang

“Kalau tak ready mental dan physical, jangan buat anak.” Demikian teguran seorang gadis mengenai sikap segelintir ibu bapa yang gemar melemparkan kata-kata makian dan cacian kepada anak-anak ketika menghadapi masalah.

 

Ini berikutan video yang dimuat naik gadis itu di laman TikTok yang memperdengarkan situasi seorang ibu memarahi dan memukul anaknya di dalam sebuah bas.

 

“I naik bas then ada sorang mak dengan 3 orang anak ni, tak habis-habis sumpah seranah anak dia,” tulis keterangan dalam video tersebut.

@amethystnb_to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Menurut gadis itu, selama 8 jam mereka terpaksa menahan telinga mendengar kata-kata kesat wanita itu disusuli suara tangisan anak-anaknya. Tidak hanya itu, wanita itu juga difahamkan memukul anaknya berkali-kali kerana tidak mendengar kata.

 

Selepas beberapa ketika, terdapat seorang lelaki bertindak menegur wanita berkenaan dengan tegas agar tidak memukul anaknya dan berhenti mengeluarkan kata-kata tidak baik.

@amethystnb_seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲♬ original sound – Qissy

@amethystnb_seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.♬ original sound – Qissy

Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warganet berkaitan perkara tetapi rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap anak-anak wanita itu.

 

Tidak kurang juga yang bersimpati dengan wanita itu dan menyifatkan dia mungkin terlalu penat kerana terpaksa menguruskan anak-anak sendiri.

Post a Comment