Angelina Jolie Wujudkan Akaun Instagram, Bersuara Tentang Konflik Afghanistan – Manis Madu
Angelina Jolie Wujudkan Akaun Instagram, Bersuara Tentang Konflik Afghanistan

Angelina Jolie Wujudkan Akaun Instagram, Bersuara Tentang Konflik Afghanistan

Aktres popular, Angelina Jolie mewujudkan sebuah akaun Instagram rasmi semata-mata untuk bersuara mengenai konflik yang sedang berlaku di Afghanistan, lapor Fox News.

 

Sejak akaun itu diwujudkan, Jolie berjaya meraih 3.4 juta pengikut dalam masa 24 jam dan status perdananya mendapat lebih tiga tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angelina Jolie (@angelinajolie)

Status pertama bekas isteri Brad Pitt itu adalah mengenai pembelaan kaum wanita di Afghanistan yang kini berdepan ketakutan selepas Taliban menguasai negara itu.

 

Jolie memaklumkan bahawa dia menerima sepucuk surat daripada seorang remaja wanita Afghanistan yang meluahkan perasaan berkenaan konflik yang sedang melanda negara itu.

 

Remaja itu terpaksa mengirimkan surat fizikal kerana tentera Taliban sedang mengawasi semua platform media sosial yang melibatkan aduan berkenaan kumpulan itu.

 

“Sungguh menyedihkan apabila melihat rakyat Afghanistan dipindah keluar dari negara sendiri kerana ketakutan dan ketidakpastian yang melanda tanah air mereka.

 

“Membelanjakan begitu banyak masa dan wang hanya untuk menumpahkan darah dan kehilangan nyawa adalah kegagalan yang hampir mustahil untuk difahami,” tulis Jolie.

 

Angelina Jolie sangat terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan malah sering melawat negara-negara dunia ketiga bagi menghulurkan bantuan di bawah agensi-agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Sehingga artikel ini ditulis, akaun Instagram Jolie sudah mendapat 7.5 juta pengikut.

Post a Comment