Anti-Vaksin: Teknologi 5G Berkait Rapat Dengan Vaksin & Konspirasi? – Manis Madu
Anti-Vaksin Teknologi 5G Berkait Rapat Dengan Vaksin & Konspirasi

Anti-Vaksin: Teknologi 5G Berkait Rapat Dengan Vaksin & Konspirasi?

Dalam kekalutan negara menangani isu Covid-19 yang semakin menggila, segelintir individu juga semakin ‘menggila’ berkongsi tentang teori konspirasi dan agenda tersembunyi di sebalik musibah ini.

 

Gerakan yang dipercayai daripada golongan anti-vaksin ini semakin berani mengeluarkan teori-teori mereka di kebanyakan media sosial dan rata-rata jika dibaca adalah kenyataan yang tidak logik dan tidak berasas!

 

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @thefaizzainal memuat naik tangkap layar kenyataan seorang wanita yang mengatakan teknologi 5G ada kaitannya dengan vaksin serta teori konspirasi.

Berdasarkan perkongsian tersebut, teknologi 5G dikatakan pencetus gelombang manakala penerima vaksin adalah penerima gelombang dan selagi teknologi tersebut tidak diaktifkan, individu yang menerima vaksin masih kekal selamat. 

 

Namun, akan gagal bertahan dan akan dikawal sekiranya teknologi 5G tersebut diaktifkan.

 

Melihat di ruangan komen, ternyata banyak perkongsian tentang perkara yang sama ditunjukkan seperti individu yang mendapat vaksin akan bertukar menjadi telefon bimbit, penerima vaksin akan menjadi zombie dan banyak lagi!

Perasaan kita boleh dikatakan bercampur baur bila baca tentang ‘teori konspirasi’ mereka ini kan? Kelakar, marah, geram semua ada. 

 

Jika berterusan rakyat Malaysia yang mempunyai pemikiran seperti ini, entah bila negara kita akan pulih!

Post a Comment