Enam Beranak Didakwa Buat Upacara Tolak Bala Sampai Cedera! – Manis Madu
Enam Beranak Didakwa Buat Upacara Tolak Bala Sampai Cedera

Enam Beranak Didakwa Buat Upacara Tolak Bala Sampai Cedera!

Setiap agama mempunyai cara dan kepercayaan mereka tersendiri tetapi apa yang berlaku ini dilihat agak pelik dan keterlaluan.

 

Baru-baru ini pihak polis menjalankan siasatan berkenaan rakaman video ritual pembersihan diri untuk menolak bala yang melibatkan enam beranak dan seorang sami di sebuah kuil belakang rumah di selekoh, Rungkup, Bagan Datuk.

Ritual berkenaan menjadi isu apabila ia mendatangkan kecederaan ke atas keluarga terbabit.

 

Menurut laporan Harian Metro, rakaman yang tular di laman sosial sejak semalam itu memaparkan ritual seorang sami sedang memukul enam beranak yang terdiri dari seorang lelaki berusia 54 tahun bersama isterinya, 48 tahun serta empat anak mereka berusia 15 hingga 25 tahun dengan rotan yang diikat dengan kain merah.

Walaubagaimanapun, abang lelaki tersebut membuat laporan polis selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat dan mendakwa sami berkenaan berniat mencederakan keluarga adiknya.

 

Adiknya bagaimanapun menafikan perkara itu dan memaklumkan kepada pihak polis bahawa ritual itu adalah atas kerelaan mereka sendiri.

 

Ketua polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, upacara itu hanya dihadiri keluarga mangsa sahaja tanpa ada orang lain dan Sami itu juga adalah anak angkat mangsa.

 

“Sami yang melakukan ritual berkenaan adalah anak angkat mangsa yang sudah dijaga sejak bekerja dengannya sebagai pemandu lori, enam tahun lalu” – Ahmad Adnan

 

Ketika upacara dijalankan, sami berkenaan membaca mantera dan kemudian memukul badan mangsa beberapa kali menggunakan rotan panjang.

 

Mangsa, isteri dan anak sulungnya mengalami kecederaan dan mereka diminta untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

 

Pihak polis bagaimanapun ketika ini sedang mengesan perakam video berkenaan dan akan menyiasat segala aspek berkenaan ritual tersebut.

Post a Comment