Atas Sangat! 5 Jenis Tuala Yang Patut Ada Di Rumah Untuk Upgrade Gaya Hidup Korang!
Dah menjadi antara salah satu keperluan yang wajib ada di rumah, TUALA! Setiap rumah mesti ada tuala untuk pelbagai kegunaan tetapi tak ramai yang tahu sebenarnya tuala ada banyak jenis.
Kebanyakan isi rumah selalunya gunakan tuala badan sahaja, untuk upgrade gaya hidup Maduners dirumah, kenalah pelbagaikan jenis tuala di rumah, baru fabulous githeww!
Jenis itu, jenis ini, rupanya memang banyak jenis tuala dan berbeza juga kualitinya, perasan tak ada tuala yang rasanya kasar dan ada tuala rasanya yang gebu dan selesa digunakan kadang rasa macam nak tidur berlapikkan tuala tersebut sebab terlalu selesa!
Dalam banyak-banyak jenis tuala, boleh cuba dengan beli 5 jenis taula ini dan diletakkan di rumah untuk upgrade gaya hidup Maduners!
Tuala Mandi (Bath Towel)
Rasanya setiap rumah ada tuala jenis ini, kalau tak ada, Syaz pun risau dengan keadaan rumah anda! Tuala mandi ini memang wajib ada di rumah!
Nama pun dah menerangkan fungsi tuala ini, digunakan selepas anda selesai mandi untuk mengilas badan daripada lebihan air dan keringkan badan kita.
Biasanya, tuala mandi sama ada dalam 27 x 52 inci atau 30 x 58 inci. Jadi, jika anda mempunyai badan yang lebih besar, saiz tuala yang lebih besar mungkin sesuai untuk anda.
Tuala ini selepas digunakan kalau boleh digantung di kawasan yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang bagus supaya ianya cepat kering sebelum anda menggunakannya kembali.
Tikar Mandi (Bath Mat)
Kalau anda macam Syaz yang gemarkan ada kawasan lantai di bilik air berada dalam keadaan kering wajib ada tikar mandi ini!
Tikar mandi di hadapan shower room atau tab mandi anda untuk pastikan kawasan lantai kekal kering dari semua air yang menitis daripada badan anda apabila anda selesai mandi.
Untuk memilih saiz yang betul, anda mungkin perlu melakukan sedikit pengukuran. Jika bilik mandi anda bersaiz lebih kecil, tikar mandi 20 x 30 inci mungkin sudah sesuai. Bergantung kepada bilir air masing-masing senang cerita! Kalau anda lebih sukakan kawasan kering lebih besar beli tikar mandi yang bersaiz besar.
Tuala Muka (Face Towel)
Ramai yang suka gunakan tuala mandi untuk lap muka, sebenarnya tak bagus terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit muka sensitif! Kalau boleh anda gunakan tuala berasingan untuk lap muka yang mana boleh gunakan tuala muka!
Tuala muka boleh digunakan untuk mengeringkan muka anda terutamanya selepas selesai mencuci muka sebelum tidur.
Maduners boleh juga menggunakannya tuala ini untuk membersihkan muka dan menanggalkan solekan anda.
Sebelum beli tuala muka, jika Maduners mempunyai kulit sensitif, maka adalah lebih baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tuala muka.
Pertama, anda harus tengok ciri fizikal tuala muka tersebut seperti kelembutan & penyerapan. Kedua, komposisi gentiannya. Dalam kes ini, tuala muka yang diperbuat daripada kapas, atau gentian mikro sintetik (synthetic microfibers) boleh menjadi pilihan terbaik.
Tuala Tangan (Hand Towel)
Tuala tangan ini mungkin tak sesuai sangat ada di bilik air, tetapi sangat bagus untuk diletakkan di ruang dapur berdekatan sinki air!
Syaz tahu mesti ramai lepas basuh pinggan, tangan basuh suka renjis air tersebut yang mana akan buatkan lantai dapur basah!
Sebab itu sesuai ada tuala tangan diletakkan di bahagian dapur rumah.
Tuala tangan yang dihasilkan daripada kapas, campuran kapas polyester atau linen antara jenis kain tuala tangan menjadi pilihan terbaik untuk tuala tangan.
Tuala Pantai (Beach Towel)
Dalam banyak-banyak jenis tuala, tuala pantai ialah tuala yang paling besar Maduners boleh miliki! Sesuai untuk individu yang suka lakukan aktiviti di tepi pantai atau aktiviti berenang, wajib ada tuala ini.
Simpan tuala jenis ini dirumah pun bagus sebab saiznya yang besar boleh digunakan untuk perkara-perkara yang tak diduga!
Itu dia 5 jenis tuala yang Maduners boleh siap-siap simpan di rumah supaya gaya hidup Maduners lebih baik! Yang penting dapatkan tuala yang berkualiti, jangan terlalu berjimat berkenaan tuala ini sebab akhirnya diri dan keluarga juga akan pakai!