Kedudukan Tertinggi Di Mata Dunia, 12 Perkara Kebanggaan Malaysia Korang Patut Tahu! – Manis Madu
Kedudukan Tertinggi Di Mata Dunia, 12 Perkara Kebanggaan Malaysia Korang Patut Tahu!

Kedudukan Tertinggi Di Mata Dunia, 12 Perkara Kebanggaan Malaysia Korang Patut Tahu!

Sejak kebelakangan ini, kejayaan Malaysia yang sepatutnya boleh dibanggakan seolah tenggelam oleh pelbagai isu panas mendatang. Apa yang ada hanyalah cerita-cerita ‘jelik’ di mata rakyat kebanyakan.

 

Hari ini, Anis akan kongsikan beberapa kejayaan Malaysia yang diiktiraf di mata dunia!

1. Halal Hub

Ranking dunia: 1

 

Untuk pengetahuan Maduners, sektor halal di Malaysia telah mendahului UAE, Indonesia dan kebanyakan negara lain. Ini dikatakan menurut faktor seperti perdagangan produk makanan halal, peraturan, kesedaran awam dan harga produk.

 

Halal Food Index (HFI) mencatatkan skor cemerlang iaitu sebanyak 209.8!

2. Pengeksport Sarung Tangan

anton-R8gTkVAYaog-unsplash (1)

Ranking dunia: 1

 

Top Glove Corp ialah pembuat sarung tangan getah terbesar di dunia. Mereka membuat satu daripada setiap lima sarung tangan di dunia.

3. Pengeluar Minyak Sawit

Ranking dunia: 2

 

Negara kita Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terkemuka di seluruh dunia. Minyak sawit merupakan salah satu industri utama Malaysia dan menyumbang 2.7% kepada keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

4. Usia Hutan Hujan

conscious-design-enK1Q14Dt6s-unsplash (1)

Ranking dunia: 2

 

Malaysia juga terkenal dengan memiliki keindahan flora dan fauna dan pelbagai keindahan hutan yang dipelihara. Untuk pengetahuan korang, hutan hujan yang terdapat di Malaysia sudah berusia kira-kira 140 juta tahun. Lebih tua daripada hutan Amazon tau!

 

Hutan hujan tertua di dunia jatuh kepada Daintree Rainforest, terletak di Australia yang berusia kira-kira 180 juta tahun.

5. Pembekal Perkhidmatan Dron

jason-blackeye-XYrjl3j7smo-unsplash (1)

Ranking dunia: 1

 

Korang tahu tak yang negara kita merupakan pembekal perkhidmatan dron nombor satu dunia? Jangan tak tahu!

 

Aerodyne Group di Cyberjaya merupakan sebuah syarikat teknologi global yang diasaskan di Malaysia dan telah menduduki tempat pertama oleh Drone Industry Insights of Germany.

 

Mereka ini menyediakan drone based solutions untuk pelbagai industri di seluruh dunia.

6. Bangunan Tertinggi di Dunia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🇲🇾Miki🐈‍⬛ (@mikn2426)

Ranking dunia: 2

 

Bangunan atau binaan pencakar langit tertinggi di Malaysia merupakan menara Merdeka 118. Dengan ketinggian 678.9 meter, menara yang terletak di Kuala Lumpur ini dinobatkan sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

7. Menara Berkembar Tertinggi

esmonde-yong--9B08uduMyY-unsplash (1)

Ranking dunia: 1

 

Meskipun menara berkembar kebanggan Malaysia ini bukan lagi bangunan tertinggi di dunia, namun menara yang memiliki ketinggian 451.9 meter ini masih kekal sebagai bangunan berpasangan tertinggi di dunia.

8. Hotel Terbesar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Under Sky (@underskyy)

Ranking dunia: 1

 

Hotel warna-warni di Genting Highlands ini dinobatkan sebagai hotel terbesar di dunia. The First World Hotel memiliki lebih kurang 7,350 bilik. Siapa pernah menginap di sini?

9. Penerbit Al-Quran

Ranking dunia: 2

 

Malaysia juga menjadi negara yang memiliki pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia. Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Putrajaya ini merupakan pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar selepas Komplekas King Fahd di Madinah.

10. Gelongsor Air Terpanjang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ESCAPE Penang (@escapemy)

Ranking dunia: 1

 

Korang tahu tak, gelongsor air yang terletak di ESCAPE Penang sudah rasmi direkodkan dalam The Guinness World Record sebagai gelongsor air paling panjang di dunia!

 

Gelongsor air ini berukuran 1,111 meter (3,645 kaki)! Maduners yang dah pernah naik gelongsor ini, ketahuilah korang dah ‘meluncur’ atas gelongsor terpanjang dunia!

11. Saiz Ruang Gua Terbesar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Travel (@malaysiatravelcom)

Ranking dunia: 1

 

Sarawak Chamber merupakan ruang gua terbesar pernah ditemukan di dunia dengan ukuran 600m x 415m x 80m tinggi.

 

Bayangkan, 40 hujung sayap ke hujung sayap Boeing 747 boleh dimuatkan dalam gua ini!

12. Tempoh Paling Lama sebagai Pemain Badminton No. 1

Ranking dunia: 1

 

Sebanyak 349 minggu dihabiskan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk mencatatkan dirinya sebagai pemain ranking nombor 1 dunia. Beliau juga menduduki kedudukan pertama 200 minggu berturut-turut yang mana paling banyak antara pemain badminton dalam sejarah!

 

Haa, ini adalah sedikit sebanyak kejayaan Malaysia yang diiktiraf di mata dunia. Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga tau!

 

Sumber: Richard Ker

Post a Comment